Wordpress 2.6.2 dan mencari tema baru blog

Posted on September 24, 2008

1. Kalian perasan apa-apa yang tidak kena dengan blog ini? Kalau ada, tolong beritahu ya!

2. Semalam, aku baru menaiktaraf Wordpress aku dari versi 2.6 kepada 2.6.2. Setakat ini telah ada dua plugin yang tidak bekerja dengan baik dengan versi wordpress ini. Plugin tersebut ialah flickrss dan popularity contest. Hasilnya, gambar-gambar dari flickr aku tidak keluar di bahagian bawah (footer) blog ini. Begitu juga dengan senarai entri popular. Aku tidak bercadang untuk menuruntaraf kembali versi wordpress di blog aku. Biarkanlah dulu ia sebegitu.

3. Sehubungan dengan bahagian footer tema ini yang sudah cacat, aku bercadang untuk menukar tema (theme) blog ini kepada yang baru. Lagipun, dah lama aku pakai tema ini. Bosan pun ada. Setakat ini, aku masih belum menjumpai tema yang sesuai. Kalian ada cadangan tema-tema wordpress yang baik dan sesuai untuk blog ini?

4. [KEMASKINI: 1.59 PM] Telah terjumpa plugin popularity contest yang boleh digunakan. Sekarang tinggal flickrss yang masih belum pulih.

Jumpa lagi.
Wassalam.

Entri-entri berkaitan:

  1. Blog, tema, musang api dan statistik
  2. Tahun baru 2008, tema baru
  3. Tema blog/Dopodku/Cuti Raya
  4. Mudin001.com berwajah baru!
  5. Blog ini ada peminat baru, malangnya dia pengecut

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

9 Responses


  1. http://topwpthemes.com/zinmag/


  2. dulu aku pernah guna theme forte ni. popularity plugin to memang ada problem and tak jumpa pun solution nya. as for flickr saya memang x guna so tak tau la… apart from that memang ada few other problems ngan css dia for example if you are using commentluv plugin… so finally aku buang theme ni heheh


  3. boleh tahu plugin popularity contest yang boleh digunakan


  4. Kujie, dah tengok. Boleh ditimbangkan. Terima kasih.

    Shaxx, ada nak cadangkan theme yang baik?

    kita, kalau nak aku boleh emailkan. Bagitau ya?

  5. el

    bilo nok tukar nih… lambat laa… nok mitok salahudin ayub wak la hok dio b’janji ari tuh… ekekke.. malas dok b’baso doh etek.. ekekekke..

  6. achik

    nak tukar template sempena raya ke tok mudin? ;)


  7. http://www.smashingmagazine.com/2008/08/25/30-free-high-quality-wordpress-themes/

    free & mcm premium wp theme..


  8. Pakchik, aku pung malah b’baso jugok doh…

    achik, emm… begitulah gamaknya…

    sikulat, terima kasih. Hari ini sepanjang hari dihabiskan mencuba tema-tema tersebut, memang menarik tapi banyak yang perlu di ubahsuai. Biarlah dulu…

  9. achik

    saya slalu je la singgah blog tok.. cuma tok tau la, saya ni tang politikus mmg x reti nak komen.. hehehe..

    Selamat Hari Raya Aidilfitri utk tok sekeluarga..
    Maaf ye kalau ada tersalah kata..

    Selamat balik kg.. berhati2 di jalanraya.. :)

2 Trackback(s)

  1. Sep 24, 2008 : negaraku.net
  2. Oct 12, 2008 : Mudin001.com berwajah baru! |  Kecek-kecek Tok Mudin 3.0

Leave a Reply