Kecek-kecek Raya

Posted on October 4, 2008

Salam Syawal.

Catatan aku kali ini akan mengikut gaya snippets (apakah jadahnya snippets itu?) Che Det. Maksud aku perenggan bernombornya, bukan repekkannya.

1. Terima kasih kepada semua ucapan raya SMS yang dihantarkan kepadaku dan tidak berbalas. Bukan apa, Najib suruh berjimat-cermat, malas aku nak habiskan duit hantar SMS. Hehheh!

2. Raya kali ini tidak mengikut rancangan asal. Sepatutnya 1 Syawal kami sambut di rumah keluarga Ummu Adam, tapi ditukar ke kampung aku untuk meraikan semua adik-beradik yang balik beraya tahun ini. Lengkap satu keluarga besar berkumpul. Alhamdulillah.

3. Kereta aku di’sekeh’ oleh jiran sebelah dengan Iswaranya ketika isi rumah kami semuanya telah tidur lena. Kemek pintu belakang sebelah kanan. Sekarang kereta berehat di bengkel.

4. Tahun lepas aku kempunan untuk makan nasi dagang. Tahun ini sampai muak. Semalam, bermula dengan santapan dua pinggan nasi dagangĀ  sebagai sarapan (sempena majlis bercukur anak saudara baru). Kemudiannya beraya di rumah adik-beradik (Pak Su dan Mak Uda) ibu mertua aku, dihidangkan dengan nasi dagang dan sate di kedua-dua buah rumah. Maka sarapan, makan tengahari dan makan malamku semalam adalah bermenukan nasi dagang.

5. Aku takjub dengan kemampuan bangsa kita (termasuk aku) makan atau mungkin lebih tepat, melantak. Pada musim perayaan, dengan jemputan kenduri dan rumah terbuka yang bertindan-tindan, kita masih mampu hadir ke tiga, empat mahupun lima serumah sehari dan menghabiskan sekurang-kurangnya sepinggan nasi di seteiap rumah (kononnya sebagai menghormati tuan rumah).

6. Seminggu tidak mengemaskini blog, pasti banyak perkembangan semasa yang aku tidak sempat kecekkan di sini. Dan sememangnya aku tidak berminat untuk menyemakkan blogosfera dengan pandangan dua sen aku pada entri kali ini. Entri selepas ini, mungkin.

Sehingga berjumpa lagi, wassalam.

Entri-entri berkaitan:

  1. Kecek-kecek raya
  2. Kecek-kecek raya (2)
  3. Kecek-kecek raya (3)
  4. Sabtu 8 Disember, jom kuning!
  5. Kecek-kecek orang malas (2)

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

7 Responses


  1. snip, snip, snip, OOOooOOpps!

    chedet style.

    1. snip.
    2. snip.
    3. snip.
    4. OOooOOoooopppss!


  2. 1. selamat hari raya aidilfitri - maaf zahir & batin
    2. berapa kos balik kampung - petrol & tol

  3. akirasuri

    Tok.. Selamat Hari raya..
    Maaf zahir batin.. :)


  4. salam. lama tak tinggal jejak kat sini.
    sealamat hari raya, maaf zahir batin :)

  5. Ummu Auni

    akak pulak, tahun ni makan laksa sampai muak!
    anyway, selamat hari raya


  6. Jedyoong,
    1. Hahaha
    2. Hahaha
    3. Hahaha
    4. Hahaha

    Kujie,
    1. Sama-sama.
    2. Kami baru sampai kembali ke KL ni ha… kos petrol lebih kurang RM300, tol RM8.

    akira, kema, ummu auni, terima kasih. Maaf zahir dan batin juga. :)

  7. achik

    selamat hari raya tok.. maaf zahir batin :)

1 Trackback(s)

  1. Oct 4, 2008 : negaraku.net

Leave a Reply