Mohon sumbangan untuk PASTI

Posted on October 7, 2008

Assalamualaikum semua, sekadar ingin memanjangkan email dari sahabat aku seperti di bawah:

Salam.

Sahabat sahabiah yang dirahmati Allah,

Semoga sentiasa berada dalam lindungan dan naungan keberkatan ilahi.

Untuk pengetahuan, sebuah PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) akan dibuka di Bandar Kinrara. Insya Allah, PASTI berkenaan dirancang untuk memulakan operasi bermula Jan 2009.

Jawatankuasa Pengurusan dan Premis telah pun dikenalpasti bermula Jun 2008. Semenjak itu juga, beberapa aktiviti promosi umum PASTI dan juga pendaftaran kemasukan pelajar telah mula dijalankan.

Dalam masa yang sama, pihak jawatankuasa pengurusan dan juga AJK Cawangan PAS Bandar Kinrara sedang sibuk untuk mencari dana penubuhan PASTI berkenaan.

Sudah tentunya, ia memakan belanja yang besar. Premis 2 tingkat perlu di cat, peralatan dan kelengkapan pembelajaran perlu dibeli, gaji guru bermula November 2008 akan mula di bayar, deposit buku dan pakaian para pelajar telah mula ditempah, yang semuanya memulakan Start Up cost yang tinggi.

Sehubungan dengan itu, saya mewakili AJK Pengurusan PASTI Ar Raihan Bandar Kinrara, ingin merayu kepada mana-mana individu,orang persendirian, syarikat untuk sama-sama membantu membangunkan PASTI ini dengan menghulurkan sedikit sumbangan.

Kepada yang berhasrat untuk menyumbang, boleh la terus mengubungi saya melalui email ini ataupun ke hp saya di talian 013-3999 452.

Maklumat lanjut berkenaan PASTI Ar Raihan Bandar Kinrara boleh didapati di website :

http://pastiraihan.blogspot.com

Semoga segala sumbangan tuan/puan , terutama dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini akan dilipat gandakan oleh Allah Taala dan menjadi pelaburan berterusan buat kita sehingga ke hari akhirat, selagi mana pusat pentarbiyyahan ini kekal beroperasi.

Sekali lagi, segala sumbangan Tuan/Puan, kami ucapkan ribuan terima kasih.

Wassalam

Mohd Fadzli Kadir

Pengurus
PASTI Ar Raihan Bandar Kinrara
No. 338 Jln BK 4/2 BK 4
47100 Puchong Selangor

Kepada yang berminat untuk memberikan sumbangan (duit raya kan banyak lagi tu?), sila berhubung terus dengan Sdr Fadzli.

Terima kasih.

Entri-entri berkaitan:

  1. Berita kurang baik untuk penggemar buku
  2. Undi aku untuk PAS dan PKR
  3. Kecek-kecek ringkas (23/10/08)
  4. 27 untuk Ummu Adam, 3 untuk Alya
  5. 15 Mei - Blog untuk Palestin

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

4 Responses

  1. achik

    bandar kinrara, dekat ngan rumah saya tu.. :)


  2. Achik, ek? dekat dengan rumah tok jugalah. Kamu di mana?


  3. Alhamdulillah sahabat. Bantu setakat yang termampu, insyaallah.


  4. Web Sutera, terima kasih. Sebar-sebarkan juga ya!

2 Trackback(s)

  1. Oct 7, 2008 : negaraku.net
  2. Oct 23, 2008 : Kecek-kecek ringkas (23/10/08) |  Kecek-kecek Tok Mudin 3.0

Leave a Reply