Che Det, Hasbullah Pit, Pak Lah, Anwar, Dr Maza, Malaysiakini

Posted on October 8, 2008

Banyak benda nak dikecekkan dalam satu entri, jadi kena ikut gaya penomboran Che Det.

1. Hasbullah Pit tidak setuju orang kuat tidur jadi bodyguard Teresa. Katanya, bodyguard Teresa biarlah Pemuda beriman yang boleh menyelamatkannya dunia dan akhirat. Aku setuju dia tidak setuju, sebab adalah haknya untuk tidak bersetuju. Takkan aku nak ISAkan dia? Aku tak rasa dia perlukan perlindungan.

2.  Malaysiakini melaporkan Pak Lah tidak akan bertanding. Malaysia akan dapat PM baru selewat-lewatnya Mac depan. Adakah Anwar dan Pakatan Rakyat akan berjaya memintas Najib?

3. Sebut tentang Anwar, kecek sikitlah tentang replika/berhala/patung/gambarnya di Batu Caves tu. Pandangan paling cocok dengan aku kira, adalah dari Ustaz Nasrudin Tantawi.

4. Malaysiakini juga melaporkan sahabat(?) Ustaz Nasrudin, Dr Maza telah meletak jawatan sebagai mufti Perlis dan tidak berganjak dengan keputusannya. Hasbullah Pit melaporkan bahawa Puan Nuraflah menyekulasikan Dr MAZA diberhentikan. Bagi aku, tidak kiralah sama ada berhenti atau diberhentikan, Dr. Maza telah kembali ke tempat yang sepatutnya untuk beliau. Bukan mahu mengatakan beliau tidak layak menjadi mufti. Bukan kritikan terhadap kebolehannya, jauh sama sekali. Hanya merasakan beliau tidak sesuai berada di kerusi itu.

Dipersilakan untuk tidak bersetuju, ruangan komen di bawah tidak pernah ditapis. :)

Entri-entri berkaitan:

  1. Kecek-kecek tentang manifesto Najib (dari Malaysiakini)
  2. Sarawak bergelap, babi hutan dan Anwar Ibrahim
  3. ISA 3, adakah lagi yang bakal menyusul?
  4. Anwar menang, apa seterusnya?
  5. Kecek-kecek ringkas sebelum tidur (dari Malaysiakini)

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

4 Responses

  1. Hasbullah Pit http://hasbullah.pit.my

    Aku nak iklan pula.

    Poster Edisi Terakhir, tidak akan diulangcetak.
    Sementara stok masih ada.
    http://hasbullah.pit.my/2008/10/jualan-poster-edisi-terhad-cetakan.html

  2. Extremist Thinker http://blog.thinker.my

    dah berubah wajah eh kat cni. hehe. guna format mahathir tue.

  3. said mirro

    Pandangan saya: biarkanlah ‘anwar’ di mana ia dipacakkan. Biar lapuk di situ sebagaimana koyak-rabaknya bendera2 pas dek hujan dan panas (ops!). Jika dibuang sekali pun akan ada pula yg mengatakan ianya pembaziran 2x ganda.


  4. lawak gak bila tgk gambar anwar besar2 letak kat batu caves.. haha

1 Trackback(s)

  1. Oct 8, 2008 : negaraku.net

Leave a Reply