• September/Ramadhan dan apa yang aku baca
  • Kalau Abe Said Mirro mengatakan progresnya dalam pembacaan pada Ramadhan yang baru berlalu masih belum baik walaupun dapat menghadam tiga buah buku, maka progres aku tersangatlah buruk.

    Rupanya masa untuk membaca menjadi begitu terhad, hanya hujung-hujung minggu yang dapat digunakan. Itupun, setelah keletihan melayani Adam dan Alya.  Maka, hanya sebuah buku yang aku habiskan sepenuhnya, walaupun ada juga membelek-belek buku lain seperti Falsafah Hidup (Hamka), Dilema Melayu (Dr. Mahathir) dan Menjawab Persoalan Fikah Harian (Haron Din).

    Buku yang dimaksudkan ialah Once Removed oleh Andrew Leci. Sebetulnya ia adalah sebuah diari seorang expatriate bernama Graham Wallace. Mengekori kehidupannya selama enam bulan di Malaysia pada 2007, memang menyebabkan aku tidak kering gusi, sengih sendirian. Lawaknya memang lawak. Haha!

    Tapi itu sajalah. Hiburan semata. Tidak banyak yang boleh diambil dari buku ini, selain merasa jelek dengan kehidupan manusia tidak beragama, hidup seolah-olah tidak bertujuan. Kerja, seks, minuman keras, mabuk, bola sepak. Hrmm… minta dijauhkan diriku dan keluargaku dari kehidupan sebegitu. Moga hidup sentiasa dalam hidayah Allah.

    Kalian, baca apa?

    Blog Widget by LinkWithin

    Popularity: 17% [?]

    Entri-entri berkaitan:

    1. Bacaan September
    2. Baca@ Jun & Julai
    3. PBAKL 2010
    4. Baca@ Januari & Februari
    5. Tak sempat nak ke pesta buku…

    Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

  • Comments: 9 Category: Buku
  • Tags: , ,

9 Responses

  • rol says:

    Road Fever, oleh Tim Cahill. Percubaan 2 pengembara professional untuk mencipta rekod memandu merentasi lebuhraya benua Trans-Amerika, dari Argentina ke Alaska.

    Introduction to the Sciences of Hadith. Buku ringkas tentang ilmu yang dalam. (Kena baca semula rasanya.)

  • betullah aku pun kadang2 takde masa nak baca buku2 yang berlambak2 aku beli tuh. hehe :)

  • akuatik says:

    - buku sekolah
    -the difficult journey – ahmad thomson
    - biografi muhammad bin abdullah (beli thn 2006 hahaha)
    - forty hadith on the excellence of all-clarifying illuminating quran – mulla ali al qari
    -the spiral staitcase – karen armstrong

    last2 buku sekolah tak abih baca pun kwang kwang kwang….

  • Rol, buku-buku kamu sentiasa saja berlainan dengan aku. Cemburu aku!

    KNizam, kena kurangkan masa depan komputer tu… :)

    akuatik, wah! Aku jeles. The spiral staircase tu rasanya dah lama juga menghuni rak buku aku. :>

  • entah kenapa, ramadhan kali ni aku punya banyak juga masa terluang untuk membaca.

    bacaan santai – 2 buah reader’s digest condensed book. 1 buku ada 4 kisah.

    kemudian baca semula kaum2 yang pupus – harun yahya
    sebuah buku yang dibeli di surau – Khidhir, Antara Realiti dan Dongengan. kupasan tentang nabi khidhir a.s. siapa dia, zaman mana dia hidup, hidup atau matikah dia etc .. menarik.
    pastu buku yang dah lama ada di rak – The Bible, The Quran and Science by Dr Maurice Bucaille.

    bulan oktober ni rasanya mungkin kurang sebab perlu mengejar deadline job yang dah lama tertangguh.

    banyak tajuk2 buku yang ada dalam kepala yang hendak dibeli tapi asyik tertangguh. bilaaa la tu ya … hmmmm …

  • Sebenarnya ramadhan dan cuti raya memberikan ruang yang luas untuk membaca, tapi hanya habis sebuah sahaja, iaitu buku Odisi Tanah Kencana oleh Sri Rahayu Mohd Yusop. Buku lain, bawa ke hulu- ke hilir, tapi x terbaca-baca pun.

  • sis_aflah says:

    salam tok,
    sy hanya berjaya baca tunggu teduh dulu..itu pun cepat habis sebab novel..hehe
    ceritanya bagus..cuma kurang puas hati dengan penutupnya..macam tergesa-gesa..
    selamat meneruskan pembacaan…

  • Aku lagilah. Baca sebuah, tu pun tak abis. Buku Zig Ziglar. He he he!



Leave a Reply

Tentang Tok Mudin

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com It's Me

Lensa Tok Mudin