Datuk Shah Rukh Khan kempen untuk Ali Rustam?

Posted on October 10, 2008

Ketika mendengar berita ini di radio petang tadi, perkataan pertama terbayang di kepala aku adalah ‘what a joke!‘. Apa sudah jadi dengan Malaysia, lawak apakah ini?

Tapi bila fikir-fikir balik, mungkin ini strategi Ali Rustam untuk mendapatkan ‘endorsement‘ dari Shah Rukh Khan dalam perlumbaannya untuk merebut kerusi Timbalan Presiden UMNO. Ali Rustam pasti belajar dari Barack Obama, yang mendapat restu dari Oprah Winfrey yang sememangnya berpengaruh di Amerika Syarikat.

Prior to the 2008 Democratic Presidential Primary, Barack Obama was endorsed by Oprah Winfrey, a celebrity with a proven track record of influencing her fans’ commercial decisions. In this paper, we use geographic differences in subscriptions to O! – The Oprah Magazine and the sale of books Winfrey recommended as part of Oprah’s Book Club to assess whether her endorsement affected the Primary outcomes. We find her endorsement had a positive effect on the votes Obama received, increased the overall voter participation rate, and increased the number of contributions received by Obama. No connection is found between the measures of Oprah’s influence and Obama’s success in previous elections, nor with underlying local political preferences. Our results suggest that Winfrey’s endorsement was responsible for approximately additional 1,000,000 votes for Obama. [Sumber]

Shah Rukh Khan juga mempunyai pengaruhnya yang tersendiri di Malaysia. Maka tidak rugilah jika Ali Rustam mencadangkan dia menerima anugerah Datuk. Dapatlah agaknya Ali Rustam menumpang tuah dan glamer Shah Rukh Khan. Bakal kecundanglah Muhyiddin nanti. Apa kata kalau Muhyiddin cadangkan Johor berikan anugerah Tan Sri kepada Kajol? Ada canlah sikit mahu lawan Ali Rustam.

Maka, aku tidak setuju jika Hasbullah Pit mengatakan Shah Rukh mendapat gelaran Datuk kerana jasanya kepada reformasi. Aku juga tidak setuju jika Menj mengatakan jasanya hanya sekadar menghiburkan rakyat Malaysia dengan Kuch Kuch Hota Hai.

Jasa Shah Rukh bukan itu. Dia belum berjasa. Tapi jasanya akan kita ketahui bulan Mac 2009 nanti.

Tok Mudin: Teringat masa jadi pelajar matrikulasi KPM di KYPM Bangi dulu. Teringat kepada kawan-kawan lelaki yang menangis tengok cerita Mann, Kuch Kuch Hota Hai dan Dil To Pagal Hai. Heh! :D

Entri-entri berkaitan:

  1. Kecek-kecek tentang Datuk Shah Rukh Khan
  2. Shah Rukh, sumpah dan mati - Malaysiakini
  3. Kecek-kecek cukup bulan (Oktober 2008)
  4. Mahathir tetap Mahathir dan Al-Fatihah untuk Rustam A.Sani
  5. Rustam A. Sani dan buku (lagi)

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

15 Responses


  1. mu jangan din … ali rustam sangat berpengaruh dikalangan belia muda remaja sebab dia pernah jadi ketua besor persatuan belia. pastu kan ke dia ketua besor persatuan melayu seantero apa-kenama-tah. pandai dia cari ikon. ikon yang para melayu agungkan sampai ada yang sanggup murtad dek kerana hindustan. besar jasa shahrukh tu. dia kan Muslim. Kalau ikut dalam perlembagaan, Muslim adalah Melayu. Kira Melayu ler dia lepas dapat datuk nanti …
    pastu kan kan kan … makcik pink yang akan jadi first lady lepas Mac nanti kan ke suka sangat hero hindustan .. sampai peluk sakan. haaaa … cuba mu bayangkan ‘nasihat’ dia kat najib nanti bila tiba masa nak pilih calon TPM. hahahhahaha … ali rustam pandai ambik hati makcik pink woooo .. geliga la kepala otak bendahara melaka ni.

    errr apa ke hei kawan jantan mu nangis nengok hindustan. heehhehe ..


  2. eh .. aku nak tukar tajuk entri aku la .. ada idea lagi best. hehehhe


  3. macam2 adaaa….

  4. el

    sharukan… ohh… so yestedei lah stam…. hahaha…

  5. akuatik

    aiyohhh…aku baru perasan pasal ni bila dok merewang kat blog, maklumler tak baca utusan. ingatkan blog2 buat lawak bodoh..rupanya kisah benar hahahha…sungguh besar jasa srk kepada mesia, melaka khususnya untuk menghiburkan rakyat tanpa henti…

  6. achik

    baru saya tahu besar sungguh jasa srk rupanya.. sampai layak diberi dato’.. heh!!!


  7. Boleh Belaka ! Malaysia memang semakin pelik ….

  8. wann

    ekekekek..sakit perut gelak

    salamz

  9. said mirro

    1. waaa..chomei..chomei…keno ngaji lagi la wei kawe…

    2.kalu demo pun tahu tauk lagu, maknanya demo dgn shah rukh pun tak jauh mano!

  10. cucu datuk

    terus terang aku katakan yang pemimpim pemimpin ameno@beEnd ni dah tak waras,atau hilang kewarasan mereka.. Masa mula mula aku dengar berita si SRK akan dapat gelaran datuk.. aku tertanya2, apa kebaktian yang dia dah buat untuk rakyat m’sia ni, nak kat dia banyak menderma kat rumah kebajikan tak pernah aku dengar, nak kata dia selalu sebut nama m’sia kat filem dia tak penah aku denga.. yang aku penah denga pil bi dil he hindustani.. penah le.. sebab tu aku kata pemimpin melayu kita dah tak WARASSSS…


  11. Abe said mirro,

    1. Terima kasih. Kawe pung mitok tulong oghe buat ni…

    2. tauk lagu tu apa benda?


  12. salam raya.

    lepas ni datuk kerap datang malaysia utk entertain che det dgn rosma la


  13. Tuan,

    Sampai saat ini walaupun saya telah menulis artikel khas bertajuk “Tahniah Datuk Shah Rukh Khan” saya masih tidak percaya berita yang saya dengar dari media perdana tanah air. Saya masih tidak berhenti berharap agar Bernama mengeluarkan “Ralat” kerana tersalah lapor ataupun tersalah tulis “Nasir Bilal Khan” sebagai “Shah Rukh Khan”.


  14. Lelaki pon leh layan nangis tengok hidustan? *aduh..


  15. Che Det pun setuju..
    http://test.chedet.com/che_det/2008/10/snippets-16.html
    He hee.. apa nak buat.. Datuk Zool ntah bila ntah.. Duit takde nak datuk camne kan…

3 Trackback(s)

  1. Oct 12, 2008 : Kecek-kecek tentang Datuk Shah Rukh Khan |  Kecek-kecek Tok Mudin 3.0
  2. Oct 14, 2008 : KisahberuanG.com® » Datukship for Shah Rukh Khan
  3. Oct 25, 2008 : Shah Rukh Khan Akan Terima Anugerah Datuk Bulan Depan | KongsiBlog.Com^Suara Orang Malaysia

Leave a Reply