- Kecek-kecek tentang Datuk Shah Rukh Khan
-
Sejak petang Jumaat lalu sehingga sekarang, blogosfera masih lagi dibanjiri dengan tulisan-tulisan berkaitan hal pengurniaan pangkat Datuk kepada Shah Rukh Khan. Oleh kerana ku telah menulis tentang ini dalam entri terdahulu, aku tidak mahu menokok tambah lagi. Sekadar mengumpulkan kecek-kecek orang tentang hal ini sebagai rekod. Mungkin 10 tahun lagi Adam dan Alya akan bertanya, siapa itu Shah Rukh Khan, kenapa dia diberikan pangkat Datuk dan apakah rakyat Malaysia semua menerimanya? Maka bolehlah aku tunjukkan entri ini kepada mereka.1. Tawel Sensei kata, hati-hati dalam memberikan sebarang anugerah kepada artis. Nanti susah nak berikan justifikasi. Seperti mana tergagap-gagapnya Ali Rustam sekarang.
2. Hasbullah Pit tanya, kenapa Skuad Dun Batu Caves bertanyakan faedah penganugerahan tersebut kepada para blogger yang sibuk bertanya tentang gambar/berhala/patung Anwar Ibrahim? Apa hal? Tanyalah kepada Ali Rustam dan Khalil Yaakob!
3. Nobisha kata, mengapa tidak?
4. Husin Lempoyang menyenaraikan artis-artis yang layak dan tidak layak untuk diberi anugerah Datuk. Antara yang patut diberi pertimbangan serius adalah Sean Connery dan Catherine Zeta Jones. Sharon Stone tidak layak, katanya.
5. Apalah salahnya… tanya Pn Izinni. (Hati-hati baca blog dia, dia ada banyak masalah hati.
)6. Faisal Tehrani ni banyak tanya pula. Baca sendirilah!
7. What an excuse? Tanya cikgu, mengulas tentang alasan yang diberikan oleh Ali Rustam.
8. Pn Izinni (lagi?) berspekulasi bahawa Datuk Shah Rukh Khan bakal dilantik jadi Menteri KekWa?
Apapun, setelah membaca tulisan-tulisan di atas dan juga banyak tulisan lain di blog-blog, yang banyak adalah pertanyaan. Jawapan ada, jawapan bodoh Ali Rustam. Heh!
Tok Mudin: Rasa rugi pula tidak ambil gambar di depan A Famosa ketika aku dan Ummu Adam mendaki bukit itu ketika Ummu Adam mengandungkan Adam dulu. Lepas itu letak dalam blog, sebarkan seluruh dunia. Pasti dapat pingat sebab promosikan A Famosa. Kan?

Popularity: 25% [?]
Entri-entri berkaitan:
- Kecek-kecek tentang persepsi
- Kecek-kecek tentang bola sepak dan politik
- Kecek-kecek seputar PAS dan bai’ah
- Kecek-kecek Bagan Pinang (2)
- Kecek-kecek Muktamar Khas PAS
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 14 Category: Isu Semasa, Politik



mende ko mnegarut nih. setkaat tunjuk gambo bini ko ngandung baik tak usah. gi hospital mintak bintang untuk anak ko tu main lagi bagus. bintang datuk tu tajam.. kang luka lak anak ko gigit.
ngumpat aku ek … huh! penyakit hati aku tidak menyebabkan aku buat lawak angkasaraya mcm mereka. huhuhu
Tuan,
Sampai saat ini walaupun saya telah menulis artikel khas bertajuk “Tahniah Datuk Shah Rukh Khan” saya masih tidak percaya berita yang saya dengar dari media perdana tanah air. Saya masih tidak berhenti berharap agar Bernama mengeluarkan “Ralat” kerana tersalah lapor ataupun tersalah tulis “Nasir Bilal Khan” sebagai “Shah Rukh Khan”.
tempe, aku nak mengarut apa pun, ikut suka akulah. Ini blog aku. Yang kamu mengarut tak tentu hala kat blog aku ni apa hal?
izinni, haha!
Faizal Riduan, ya… kalau Shah Rukh layak, Nasir Bilal Khan berkali-kali lebih layak. (Aku tergelak-gelak baca komen kamu!
)
Ehem..bukan Shah Rukh Khan asal dari Melakeeeeeeeee? uwaaa….hahahha..
aku duk pusing raun… dok jupe lagi nga hok stuju nih… hahah…
aduhla.. xpaham betul aku ngan dunia skrg ni..
satu office duk ‘bercerita’. dari muda sampai ke tua, hahahaha…
salam tok..
tak paham betul la apa yang si ali tu pikir..
kt blog sy pun ada sorang ‘peminat’ duk mengarut mengata..tak paham sy..atau dorang yang tak paham blog ni wujud utk apa..kalau x suka..x perlu la bersusah payah dtg ke blog kita..duk diam2 sudah la..ish2..
Ali Rustam ni skang dh jadi bualan dan siulan seluruh ceruk malaysia…dan ckit lagi ali rustam ni akan dikenali sbgi ALI RUSTAM KHAN PIR BIL DIL HINDUSTANI…tgk le misai tebai ular sawa…
Kalau macam tu aku nak jadi pelakon pak pacak mana2 scene kat melaka..x kira lah kat tandas awam melaka pon jadi lah..pastu g obersea buat bunting atau banner besaq2 tuk promosi salah satu heritage kat malaysia ni…CONFIRM dapat dato..tak gitu ALI RUSTAM KHAN????..hahahahah
Tuan Mudin memang layak tuan tergelak! Saya telah tergelak terlebih dahulu apabila mendapat kejutan dari Melaka itu. Saya terus membuka kalendar takut terkena ‘April Fool’! Apabila lihat kalendar baru saya sedar sekarang baru bulan oktober! Ada 5 bulan lagi sebelum bulan April! Terlalu awak kejutan Melaka itu!
Untung le SRK, Dato’ dapat, cium pun dapat!