Teka objek, jawapannya ialah…

Ya. Objek terbang itu adalah belon Spongebob kepunyaan Adam yang terlepas kerana pemberat yang diikat pada talinya terputus. Tak sempat aku sambar, tinggi sekali ia terbang. Harapan aku, Spongebob ini tidak akan menyebabkan mana-mana penumpang kapal terbang pengsan kerana muncul secara tiba-tiba di luar tingkap.
Tiada yang dapat meneka dengan tepat. Hadiahnya aku simpan ke lain kali. Bukankah sudah kukatakan, jawapannya ada di blog ini. Jikalau kalian perhatikan di sebelah kanan blog ini, di ruangan Foto Tok Mudin, ada gambar belon Spongebob tersebut.
Berbalik kepada cerita Adam tadi, kejadian berlaku pada hari konvokesyen Mok Oye (adik aku) di UIA, Ogos lalu. Gambar-gambar boleh lihat di sini. Terpaksalah aku gantikan belon Spongebob itu dengan yang lain.

Kali ini Adam memilih Ultraman (yang lebih besar dan mahal, ceh!). Tengoklah bagaimana dia memegangnya kali ini, takut terlepas lagi. Ya, Adam juga mengerti, pisang jangan dibiarkan berbuah dua kali.
Entri-entri berkaitan:
- Cuba teka, apakah objek itu?
- Mac: Blog, Adam & Alya
- Yajuk; Penyajak berpengalaman dan aktif
- Jualan Gudang MPH
- Jawapan Teka Buku dan Pemenangnya
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.















Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
perghhh mmg tinggi giler ah dia pergi… hehe
October 16th, 2008 at 10:57 pm“Look..look!! It’s a bird! It’s a plane! It’s a Spongebobbb???!!!” kata penumpang kapal terbang itu.
October 16th, 2008 at 11:06 pmseekor rama-rama dan seorang ultraman untuk nisaa’ dan syabil. ’selesai’ dalam tempoh tak sampai 4 jam. terbang melayang tinggi RM12 setinggi spongebob adam. huhuhuhu …
October 16th, 2008 at 11:35 pmaloh laa… belon…
October 17th, 2008 at 5:53 ambelon go ni la ari tu aku duk raso nok supit… hehehe…
mengarut mu mudin…
October 17th, 2008 at 7:35 ampandai Adam.. pow abahnya belon yg lebih mahal.. ekeke.. ;p
October 17th, 2008 at 10:33 amKalau teka betul dapat Spongebob jugek?
October 17th, 2008 at 5:53 pmsalam,tok.
saye da tau jawapan tok!
tp itulah,arituh saya nak submit jawapan,tetibe laptop kene kilat.
tok kasi ajelah hadiah kat saye eyh.
boleh la,boleh la.
hahahhaha!
October 17th, 2008 at 6:02 pmsila percaya walaupun ini satu dusta!