Kecek-kecek ringkas sebelum tidur (dari Malaysiakini)
Penat dan mengantuk. Kecek-kecek malam ini:
1. Sejak bila menghantar surat jadi satu kesalahan? Sila baca berita dari Malaysiakini.
Apa, takut ada anthrax ya? Kalau iya pun, bagilah peluang kepada mereka untuk menyampaikan hasrat mereka. Sudah tidak ada manusiawi dalam diri penguasa-penguasa kita?
2. Siapa terima duit dari Ibrahim Ali, angkat tangan! Tak apalah, berkasih sayanglah. Allah jua yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
3. Aku tidak terkejut bila Mahathir menyokong penganugerahan Datuk kepada Shah Rukh Khan. Sebenarnya, aku memilih untuk tidak terkejut dengan apa-apa tindakan Mahathir lagi. Biarlah. Kalian tontonlah siaran langsungnya nanti. Kalaulah Melaka bermurah hati untuk bagi Datuk kepada Juhi Chawla juga, bolehlah kita tengok mereka menari dan bergelek secara langsung di RTM. Berapa kosnya siaran langsung itu, dan duit siapa yang dipakai, persetankan!
Ah, mengantuk aku sudah hilang. Terima kasih Pak Lah, Ibrahim Ali dan Mahathir. Jangan risau abe Said Mirro, kita tidak akan punya upaya untuk melupakan PakLah, Mahathir, Najib mahupun Teresa. Ada saja benda yang boleh kita kecekkan.
Entri-entri berkaitan:
- Kecek-kecek tentang manifesto Najib (dari Malaysiakini)
- Kecek-kecek ringkas sebelum balik mengundi
- Kecek-kecek tentang ISA (dari Malaysiakini)
- Kecek-kecek sebelum cuti raya
- Kecek-kecek ringkas (23/10/08)
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.















Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
Hahaha, harap-harap tak mengigau Juhi Chawla ya? Tengah malam dah blog pasal goyang punggung dan buah dada, bahaya tu…..Tak apalah, RTM tak cukup duit, ambik saja EPF kita, kan banyak….
October 24th, 2008 at 1:16 amtok sokong apo mugo dio dok sedak nari nga sarokang dulu…
October 24th, 2008 at 5:15 amKalau Juhi datang, pengerusi GABEM naik junjung
October 24th, 2008 at 5:34 pm