Jualan Gudang MPH

Posted on October 29, 2008

Mac tahun lalu, ketika kami memborong buku di jualan gudang MPH, Adam masih kecil. Belum punya adik.

Mac 2007, Adam di jualan gudang MPH

Mac 2007, Adam di jualan gudang MPH

Ahad lalu, dia sudah pandai memilih buku sendiri. Memegang dua buah buku, apabila ditanya mahu yang mana satu. Mahu dua-dua, itulah jawabnya.

Oktober 2008, Adam di jualan gudang MPH

Oktober 2008, Adam di jualan gudang MPH

Dan hasilnya, inilah yang kami bawa pulang.

Semuanya dengan harga RM109.00

Semuanya dengan harga RM109.00

Gambar-gambar lain boleh lihat di sini.

Ada sesiapa yang ke sana minggu lepas? Apa yang kalian beli?

NOTA: Novel First Impression oleh Jude Deveraux itu adalah untuk dijual. RM 16. Belum digunakan. Ummu Adam terbeli, balik ke rumah baru sedar dia sudah ada senaskhah novel yang sama. Kalau berminat, boleh hubungi Ummu Adam di noorwalida@gmail.com

Entri-entri berkaitan:

  1. Bersih di jualan gudang Times
  2. Putus
  3. Ubat penyakit hati (2)
  4. Siapa kata bertudung tidak cantik?
  5. Komputer DIY Adam

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

13 Responses


  1. aduh!
    sayangnya tak tau pasal jualan gudang ni!


  2. owh.. saya pun x tau… kat mana dorg advertise nie… haih, ruginya..

  3. kingbinjai

    nath aku pun tak tahu ada, anyway anak aku pun suka buku


  4. Alamak! Langsung tak tahu pasal jualan langsung ni. Kalau tak dah memang borong satu kedai!

  5. achik

    wah.. borong sakan.. :)

    bagus Adam.. kecik2 dah suka membaca.. :D

  6. saidmirro

    kalu mph..tu murah betoi


  7. wah! library-lah. history of God looks interesting. ;)
    is the kiddie on sale too?
    kee kee

  8. akuatik

    huwaaa..aku sangat jeles! history of god tu bukan ke diharamkan kat tanah air?

  9. rol

    Mister Pip! Nampak hari tu tapi takda rezeki, bajet dah habis beli yang lain.


  10. Aku tak sempat nak pergi la… Rugi..rugi….


  11. Adi, slumberaja, king, menj… aku pun dapat tahu dari blog juga.

    Achik, suka membaca tu tak tahulah… yang pastinya suka membeli :>

    Saidmirro, yup… kira murahlah tu.

    Jedyoong, haa… anak tu bukan untuk dijual. Mahu tukar dengan Husam Musa pun aku tak mahu. Hahaha!

    akuatik, dah halal dah buku tu. Mungkin telah disamak. :)

    Rol, Mister Pip, hard cover cuma RM 15. Memang tidak dilepaskan!

    JP, lain kalilah… habiskan dulu buku-buku di rak! :)


  12. aku beli,

    alice sebold, the almost moon
    stephenie meyer, new moon (twilight book 4)
    patrick hook, collins need to know digital photography
    tash aw, the harmony silk factory
    joseph heller, catch as catch can

    ntah ada lagi satu by Jodi Picoult.

    Sekian.


  13. yang lain rm15 kecuali stephenie meyer dan buku photography. steph meyer dlm 30 sbb buku baru. kat markat 49.90. photography tu rm9. hahahahah. best giler sale ni.

Leave a Reply