Oktober dan apa yang aku baca
Tidak seperti bilangan entri blog yang paling tinggi ditulis pada bulan lalu, pembacaan buku aku masih belum mencapai tahap yang aku mahukan. Hanya dua buah buku yang aku habiskan pada Oktober lalu.

Kulitnya pun sudah mengancam (atau terancam?)
Buku pertama ialah Keganasan, Penipuan & Internet: Hegemoni Media Daulah Pecah oleh Hishamuddin Rais. Buku ini adalah himpunan tulisan-tulisan penulis yang pernah tersiar di akhbar Oriental Daily (berbahasa Mandarin), Berita Keadilan dan juga Malaysia Today. Tulisan-tulisannya merangkumi skop yang luas meliputi isu-isu politik, sosial, budaya, media dan banyak lagi. Dalam banyak tulisannya itu, aku paling seronok membaca pemerhatian-pemerhatiannya dalam isu sosial, terutamanya yang menyentuh isu kedudukan kanak-kanak dan orang cacat dalam masyarakat kita. Juga isu alam sekitar, yang aku rasa jarang disentuh oleh politikus-politikus di Malaysia. Insya Allah, jika ada ruang, aku akan menulis entri khusus untuk buku ini.

Buku yang kedua pula ialah Blogging and Democratization in Malaysia oleh Jun-E Tan dan Zawawi Ibrahim. Buku ini cuba merungkai persoalan fenomena blog dan impaknya terhadap proses demokrasi di Malaysia. Benarkah blog memainkan peranan penting dalam pilihanraya Mac lalu? Atau adakah blogger syok sendiri? Apapun, yang penting blog telah memberikan satu medium baru untuk semua orang bukan hanya mempunyai pendapat, tapi juga menyuarakan pandangan tersebut. Analisa dalam buku ini banyak bergantung kepada online survey yang dijalankan pada akhir 2006 yang lalu yang mana aku juga merupakan salah seorang respondennya. Aku rasa, kalau survey yang sama dijalankan sekarang, hasilnya akan jauh berbeza.
Tiada novel dibaca pada bulan lalu. Buku-buku lain yang dibelek, tapi tidak dibaca dari kulit ke kulit adalah Sejenak Bersama Hidangan Al-Quran (’Aidh Abdullah Al-Qarni) dan Sirah Nabawiyah (TG Nik Aziz).
Bagaimana dengan kalian? Apa yang dibaca?
Entri-entri berkaitan:
- April dan apa yang aku TAK baca
- Disember dan apa yang aku baca
- Ogos dan apa yang aku baca
- Jun dan apa yang aku baca
- September/Ramadhan dan apa yang aku baca
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.















Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
Tengah menghabiskan buku-buku yang diborong dua, tiga tahun lepas masa jualan gudang/penghabisan. A Monk Swimming oleh Malachy McCourt. Adik Frank McCourt (Teacher Man). Buku yang rasanya sekategori dengan Once Removed.
November 6th, 2008 at 4:13 pmBulan October saya habiskan membaca Twilight. Saya takde aim bulanan. Malas nak target2. Kat office dah byk target biarlah luar office relax and leisure.
Saya kene minta tips Tok Mudin macam mana nak membaca non-fiction. Saya .. fail.. uhuks.
Sekrg tgh baca Alice Sebold. Nope. Bukan Lovely Bone. Tapi Almost Moon. Kau taulah aku kan. Twisted.
Mungkin aku nak baca Time Traveler’s Wife selepas ini. In my own sweet time. Hehehe
November 6th, 2008 at 5:35 pmaku tengah mengulit buku “dari gerakan bawah tanah ke… ah lupa la”. tapi tak habis lagi, masa takde hehehehe
November 6th, 2008 at 8:58 pmRol, samalah. Masih banyak buku-buku yang diborong belum dibaca. Tika ini sedang menguliti 1511H [Kombat], Faisal Tehrani. Kamu tidak membaca buku berbahasa Melayu ya?
Peija, aku takde tips. Aku baca je. Alice Sebold? Nanti tulis reviu ya?
KB, kamu memang… haha!
Baca, cuma tak sebut, kadang-kadang lupa. Dan banyak yang belum sampai gilirannnya (termasuklah Bedar Sukma Bisu). Tapi betullah, banyak BI daripada BM sebab buat jualan selalunya Pay Less, Times dengan MPH.
November 7th, 2008 at 3:39 pm