Barack Obama (2)

Posted on November 6, 2008

1. Barack Obama masih menjadi berita dan cerita. Di mana-mana. Media arus perdana mahupun blog-blog. Rata-rata, semua bercakap tentang beliau Presiden Amerika Syarikat pertama berkulit hitam. Rata-rata bercakap tentang harapan dan perubahan.

2. TG Nik Aziz juga tidak ketinggalan untuk berbicara tentang Obama.

Katanya, dengan kemenangan mudah Obama menewaskan John McCain dari Parti Republican itu diharap dapat mengubah persepsi masyarakat antarabangsa mengenai Islam melalui dasar pemerintahan yang lebih baik.

Tambahnya, diharap Islam akan diterima satu hari nanti oleh masyarakat antarabangsa dan bukannya hanya membenci dan menyamakan Islam dengan keganasan.

3. Sekurang-kurangnya ada dua harapan Tok Guru dalam petikan di atas. Tidak salah untuk mengharap bukan? Kata Tok Guru lagi, kekalahan McCain adalah kerana berkawan dengan si jahat Bush.

“Kalau kawan dia jahat, awal-awal lagi orang ini pun ada minat jahat, McCain tak bernasib baik berkawan dengan Geoge W Bush yang minum darah manusia di Iraq, Afganistan. Di akhirat dia akan bertanggungjawab,” katanya.

4. Sekarang kita lihat siapa ‘kawan’ Obama yang telah ditawarkan jawatan Chief of Staff Rumah Putih, Rahm Emanuel. Anak kepada ahli kumpulan Irgun, sebuah militan Zionis yang ideologinya ialah:

“every Jew had the right to enter Palestine; only active retaliation would deter the Arabs and the British; only Jewish armed force would ensure the Jewish state”.

Dan Rahm Emanuel sendiri mengakui:

“I am proud of my heritage and treasure the values it has taught me.”

5. Jadi soalannya sekarang, bolehkah Obama dan ‘kawan’nya Rahm Emanuel diharap? Mari kita baca yang ini pula: Why Muslims Will Regret Voting for Obama

7. Erm… harapan dan perubahan. Adakah aku seorang pesimis?

Sebagai rekod, antara tulisan-tulisan lain di blogosfera berkaitan Obama:

Entri-entri berkaitan:

  1. Barack Obama
  2. Barack Obama (3) dan Bersih 1011
  3. Obama kecek tentang membaca…
  4. Arsenal vs Man Utd = Obama vs Hillary Clinton?
  5. Datuk Shah Rukh Khan kempen untuk Ali Rustam?

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

6 Responses


  1. Kita tengoklah samada Obama masih dikawal oleh Jews??
    Saksikan je..


  2. tunggu dan lihat…


  3. Luck. ;) Kee Kee.
    The Americans are pissed off with Bush + Republicans.
    Note that Palin, whom many find insular etc, managed to get the base vote in the Bible belt. ;)
    US is quite conservative and insular. And some prejudices are hard to discard.

  4. rol

    “A mere 12 hours after claiming the Democratic presidential nomination, Barack Obama appeared before the American Israel Public Affairs Committee yesterday — and changed himself into an Israel hard-liner.”

    Bacalah seterusnya kat http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/article/2008/06/04/AR2008060403508.html

  5. kamal

    Alaa, masa kempen Clinton dulu pun satu dunia mengharapkan dia akan membawa perubahan kepada dunia.


  6. kita akan lihat, apa yang dicanangkan selama ni jadi kenyataan ke x..huhu

Leave a Reply