- November dan apa yang aku baca
-
Dua buah karya fiksyen. Satu Bahasa Melayu dan satu Bahasa Inggeris. Kedua-duanya aku kira karya yang bagus. Pertama, The Kite Runner oleh Khaled Hosseini, telah pun aku kecekkan.Kedua, karya penulis yang tidak asing di tanah Melayu, 1511H [Kombat] oleh Faisal Tehrani. Aku kira, ini bukanlah karya terbaik FT. Atau sebetulnya, bukan karya FT yang paling aku suka. Sepanjang membaca buku ini, aku tidak henti-henti membandingkannya dengan Saga Horizon oleh Fadli al-Akiti. Kedua-duanya karya futuristik, kedua-duanya cerita perang. Tetapi entah mengapa, aku lebih menyukai Saga Horizon. Barangkali kerana karya FT itu terlalu idealis. Terlalu sempurna. Dan walaupun kita semua mahukan kesempurnaan, ia sukar ditemui, bahkan mungkin tiada.
Ah! Bicara tentang buku, siang tadi urusan aku di Ijok dan Batang Berjuntai selesai awal. Alang-alang sudah keluar ke tapak, malas mahu kembali ke pejabat. Aku terus ke KLCC. Sambil menunggu Ummu Adam habis kerja, aku membunuh masa di celahan rak-rak buku di Kinokuniya. Aku bawa ke kaunter bayaran hanya satu, The Interpretation of Dreams oleh Sigmund Freud.
Ummu Adam tanya beli apa di Kino. Aku jawab, tu… nak cuba-cuba jadi ahli tafsir mimpi.
Kalian?

Popularity: 22% [?]
Entri-entri berkaitan:
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 5 Category: Buku



salam bro. cantik blog ^^
Whoah. Freud. Pretty heavy stuff, man.
akak tak suka buku kite runner. tapi akak suka buku kedua khaled hosseini (a thousand splendid suns) – surprisingly, it’s an issue that i can relate to – domestic violence
slumberaja, terima kasih.
rol, ya betul! Baru nak cuba-cuba.
Ummu Auni, ya, daripada review yang saya baca, memang orang kata A Thousand Splendid Suns lebih baik. Nantilah, akan dicari buku itu!
Macam Kak Ummu Auni, saya rasa lebih tergerak untuk membaca A Thousand Splendid Suns. Tapi saya selalu terkelirukannya dengan Half a Yellow Sun (Chimamanda Adichie) sebab dua-dua ada Sun.