• 2008 dan apa yang aku baca
  • stackofbooks

    Hari terakhir untuk tahun Masehi 2008.  Elok kiranya aku memeriksa kembali apa yang telah aku baca sepanjang tahun ini. Tahun ini, jumlah buku yang dibaca kurang berbanding tahun lalu, iaitu 28 berbanding 35. Purata 2.33 buah buku sebulan.

    Buku apa yang aku baca. Kalian boleh rujuk kembali catatan bacaan setiap bulan aku di blog ini. Aku tidak berminat untuk menyenaraikannya di sini. Cukuplah sekadar merumuskan sedikit. Aku kira, bacaan aku agak seimbang. Daripada 28 buah buku itu, buku bukan fiksyen adalah sebanyak 15 buah dan fiksyen 13. Dari segi bahasa pula, 13 buah buku berbahasa Melayu dan 15 berbahasa Inggeris.

    Jadi aku lebih banyak membaca buku non fiksyen dan berbahasa Inggeris. Fakta yang memeranjatkan diriku sendiri. :)

    Di sini aku ingin memilih empat buku terbaik di antara bacaanku tahun ini.

    Fiksyen Bahasa Melayu:
    Saga Horizon, Fadli al-Akiti. Kerana berjaya membuka mata aku bahawa ada anak Melayu yang boleh menulis buku sai-fai dengan baik. Sangat baik. Tahniah bro!

    Bukan Fiksyen Bahasa Melayu:
    Susah aku mahu memilih buku untuk kategori ini. Kerana pilihannya pun tidak banyak. Tapi aku kira, Aku Terima Nikahnya oleh Us Hasrizal Abdul Jamil wajar dipilih. Kerana banyak membawa aku mengoreksi diri. Dan aku masih berikhtiar untuk mempraktikkan kebaikan yang aku dapat dari  buku ini. Terima kasih Abu Saif.

    Fiksyen Bahasa Inggeris:
    Ah! Pilihan paling senang. The Kite Runner, Khaled Hosseini. Tak perlu aku nyatakan kenapa!

    Bukan Fiksyen Bahasa Inggeris:
    Where Monsoons Meet: A People’s History of Malaya, Musimgrafik. Kerana subjek bosan seperti sejarah berjaya dipersembahkan dalam bentuk yang tidak membosankan. Dan sejarah yang dibentangkan itu pula, tidak semestinya sejarah dari sudut pandang pihak yang menang. Mengerti?

    Itu aku. Aku berminat untuk tahu tentang kalian. Mahu berkongsi?

    Blog Widget by LinkWithin

    Popularity: 20% [?]

    Entri-entri berkaitan:

    1. Buku: 29 untuk 2009
    2. Baca@ Jun & Julai
    3. Baca@ Januari & Februari
    4. Baca seperti Czechs!
    5. Baca@Mei

    Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

  • Comments: 17 Category: Buku
  • Tags:

17 Responses



Leave a Reply

Tentang Tok Mudin

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com It's Me

Lensa Tok Mudin