• Penat semalam yang belum hilang
  • Penat semalam masih belum hilang. Penat semalam bukan penat biasa. Penat orang selesema yang kemudiannya menggila. Tanpa dirancang, sehabis bersembang dengan muka-muka yang sudah lama tidak bersua di majlis walimah Kak Ieka, kami menjelajah bumi berTuah yang menDato’kan Shah Rukh Khan.

    Ke Zoo Melaka, melihat Noni, Teh dan Raja, gajah-gajah yang pandai menari. Juga harimau dan singa kemalasan, tidur terkangkang menjadi tontonan. Kemudiannya ke pameran The Science of Aliens di MITC. Sempat menghantar beberapa mesej bergambar ke angkasa lepas. Entahlah siapa yang akan membaca dan memahami mesej cinta itu.

    Kegilaan itu bersambung di Umbai Baru, meratah sepahat (spesis yang baru aku tahu kewujudannya), sotong, ketam, siakap dan jenahak. Hasilnya dalam penat, lelah, selesema, kekenyangan dan mengantuk, kami hanya tiba kembali di kamar sendiri sekitar jam 2.30 pagi.

    Itu ringkasan cerita. Tengoklah kalau rajin, aku bercerita lagi, dengan gambar-gambarnya sekali.

    Cuma satu, Ali Rustam, senaraikan nama aku untuk anugerah Dato’ tahun ini ya?

    Blog Widget by LinkWithin

    Popularity: 25% [?]

    Entri-entri berkaitan:

    1. Doa semalam…
    2. Cerita bom Puncak Jalil dari orang yang mengalaminya
    3. Selamat…
    4. Benar-benar sakit

    Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

  • Comments: 15 Category: Am, Famili
  • Tags: , , ,

15 Responses



Leave a Reply

Tentang Tok Mudin

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com It's Me

Lensa Tok Mudin