- Hoi kamu, diam lebih baik dari bercakap!
-
Sebenarnya, diam lebih baik dari aku menulis entri ini. Tapi biasalah, dah dasar blogger tegar. Haha!
Dalam sehari menjelajah bumi berTuah yang menDato’kan Shah Rukh Khan, antara topik yang terkeluar dari mulut ketika bersembang ialah perilaku beberapa orang besar negara yang suka sangat bercakap seolah-olah otak letak dilutut.
Di atas sekali dalam senarai tersebut ialah Datuk Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi, yang menyalahkan si perempuan yang dikatakan menghina Rasulullah saw melalui blognya. Si perempuan berkenaan telah pun menafikan blog itu kepunyaannya. Bagaimana kamu mahu memantau blog yang bukan kepunyaan kamu? Haha!
Terbaru, orang yang sama kini memfitnah MB Perak yang kemudiannya menyifatkan Zahid Hamidi sebagai ‘pemfitnah besar dan pembohong yang dahsyat’. Haha!
Boleh juga dimasukkan dalam senarai manusia seperti Zahid Hamidi ini ialah Hamid Albar, Ali Rustam (terbaru, layang-layang sebagai kokurikulum di sekolah), dan Najib Razak.
Najib Razak contohnya, cuba menghalang kerajaan negeri Perak dari memberi hak milik pegangan kekal kepada 11 penduduk Kg Baru Kuala Sungai Rui di Gerik. Aku yang lupa-lupa ingat sejarah pun rasanya tahu hal tanah adalah dibawah bidang kuasa negeri. Ceh!
Oleh itu, untuk orang-orang yang aku sebutkan di atas dan mereka yang seumpama dengannya, ketahuilah. Diam lebih baik dari bercakap.
Salam diam.

Popularity: 28% [?]
Entri-entri berkaitan:
- Entri dengan sedikit kata
- 16 September cuti umum!
- Doa II
- Hulu Selangor dari jauh…
- Lepas pecah perut, Bang Na-jib jadi batu?
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 9 Category: Politik



Satu je muskil pasal blog perempuan menghina Islam tu
rasanya ia diwujudkan oleh orang yang di upah untuk membanyakkan berita tanah air
menurut berita tv3 pada hari terbocor blog tersebut:
Blog tu diset up dua hari before that (hell femes, dua hari je dah terus masuk berita)
Menurut Shabery Chek, perempuan tu dah jumpa dia sebulan sebelum itu mengatakan yang blog itu kepunyaan…
nampak tak betapa peliknya fakta-fakta diatas?
eh nak edit nak edit
mengatakan yang blog itu bukan kepunyaannya…
haha
persoalannya..siapa yang harus kita percayakan…
“Selamatkan anak kita Dari padang jerangkap samar Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang”-m.nasir (Anak Anak Kita)
blog tu dah ada banyak ari gak sebelum kuar tibitiga.. dan semalam ada naik lagi sekali… pakai adibahahmed pulak…
mung tok tulih haji jahid amidi… hehee…
jahid amidi tu gi mekah wat menda tahu hari tu… hahah…
layang2 sbg ko-Q???
haih!!!!
otak dilutut? itu kawe pasti sbb memang lutut selalu ke depan. cuma sangsi, buleh ke saiz otak diorang sebesar tempurong lutut?
Kalau mereka diam, tentu mereka disangka orang pandai. Kita tidak akan tahu sejauh mana bijaknya mereka. Dengan mempublisitikan keotakudangan merekalah satu satu cara untuk kita ketahui. Maka saya bantah tuan blog ini yang menyuruh mereka diam. Saya sokong dan syorkan mereka terus bercakap cakap cakap cakap biar seluruh negara kenal.
Erisa, aku rasa nak diam sajalah pasal tu. Boleh?
26, percaya Tuhan!
Pakchik, haha… terlupa. Aku dah tambah ‘Haji’nya.
Achik, kenapa? Tak caya?
Saidmirro, erk… habis tu? Sebesar jari kelingking? :>
Pak Rastom, err… betul juga ya? Nasib baik aku tak suruh depa diam. Aku bagitau saja, diam itu lebih baik. Depa nak cakap juga… lantaklah. Boleh buat bahan tulis blog, kan?
hahaha…. gua rasa depa nie memang takder otak… kalo ader pon… lebih kecik dari otak burung unta… hahahaha