• Palestin dan Frederic Kanoute
  • *Dari semalam lagi aku nak letak benda ni. Tapi tak sempat, ditambah dengan kepenatan.

    Adik-adik, anak-anak. Kalau nak jadi pemain bola sepak, jadilah seperti Frederic Kanoute. Dan jadilah juga Muslim yang komited dan berani sepertinya.

    soccer

    Baca di sini dan lihat videonya di sini. Saksikan bagaimana beliau tidak meraikan langsung gol jaringannya di saat saudara-saudaranya di Palestin dibunuh setiap saat. Sebaliknya menunjukkan solidariti yang memungkinkan beliau dikenakan tindakan disiplin.

    Ini bukan kali pertama Kanoute membuktikan bahawa beliau adalah seorang Muslim yang komited. Yang meletakkan Islam di tempat paling atas.

    Sebelum ini, beliau enggan memakai jersi kelabnya yang ditaja oleh syarikat perjudian. Ini memaksa Sevilla membenarkan beliau memakai jersi yang kosong, tanpa logo syarikat perjudian terbabit.

    Kemudian, beliau dikatakan membelanjakan setahun duit gajinya, untuk menyelamatkan satu-satunya masjid di Sevilla.

    Enough said about him. Allahuakbar!

    Blog Widget by LinkWithin

    Popularity: 28% [?]

    No related posts.

    Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

  • Comments: 12 Category: Islam, Isu Semasa
  • Tags: , , ,

12 Responses



Leave a Reply

Tentang Tok Mudin

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com It's Me

Lensa Tok Mudin