- Bacaan Januari
-
Satu komentar yang aku suka tentang isu Perak adalah tulisan Haris Zalkapli, baca di sini. Dengan itu, aku tidak ada apa-apa lagi yang ingin diperkatakan tentang Perak. Dan itu tidak bermakna aku bodoh. Faham?
Baik, balik kepada tajuk. Bulan lalu aku kira agak produktif dari segi pembacaan. Tiga buah buku dihabiskan iaitu:
1. Gangguan Teksual, blook terbitan Sindiket Sol-Jah. Aku kira, buku ini jauh lebih baik dari blook terdahulu yang aku baca, Masuk Barisan. Dari banyak segi, kulitnya lebih menarik, susun aturnya lebih baik dan kandungannya juga. Kali ini aku tidak meninggalkan membaca walau satu huruf pun dari buku ini. Paling aku suka, adalah tulisan oleh Jimadieshah. Banyak membuatkan aku berfikir. Yang lain-lain juga tidak mengecewakan, walaupun kebanyakannya sudah kubaca di blog masing-masing.
2. RESET: Rethinking The Malaysian Political Paradigm, Suflan Shamsuddin. Buku yang sangat mengecewakan bagi aku. Ungkapan ‘don’t judge a book by its cover’ sangat tepat digunakan untuk buku ini. Melihat kulit depannya aku terus tertawan untuk membaca apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Tapi bila membacanya, aku rasa sangat kecewa. Penulis bagi aku, sangat tidak realistik. Cadangannya bagi aku seolah-olah cadangan di meja dam di warung kopi. Atau dalam bahasa zaman sekarang, poyo! Bak kata Khairul H., “A rambling, poorly researched book.”3. Falsafah Ketuhanan, Prof Dr. Hamka. Gaya penulisan Buya Hamka sangat unik. Membaca ayat-ayat pertamanya sudah cukup untuk membuatkan aku melekat sehingga habis. Dalam buku ini Buya Hamka menyentuh persoalan ketuhanan dalam pendekatan yang bagi aku mudah untuk difahami dan diterima. Dari persoalan asal manusia, agama dan ketuhanan, falsafah sehinggalah masuk ke perbahasan sifat-sifat Allah. Buku ini sangat disarankan kepada semua, samada baru mahu mula mengenali agama, diri dan Tuhan atau sebagai muhasabah, renungan dan tazkirah dari masa ke masa.
Selamat membaca. Wassalam.

Popularity: 34% [?]
Entri-entri berkaitan:
- Baca@ Januari & Februari
- Buku: 29 untuk 2009
- Bacaan September
- Bacaan Oktober & November
- Ingin Jadi Nasrallah
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 7 Category: Buku



3 buku? Enjin sudah panas. Maju!
GT tu lamo doh tuh… heheh…
Rol, banyak cuti, banyaklah sikit masa nak belek buku. Kamu baca apa?
Pakchik, tahu. Dah aku je yang baru baca.
alo, penulisan aku bagaimana? ok? aku rasa masuk barisan, isen aku paling bess! ha ha ha
King, aku dah biasa sangat dengan penulisan kamu. Tak boleh nak komen. Heh!
Sedang pening membaca Mrs Dalloway oleh Virginia Woolf. Gaya penulisan Woolf mungkin terlalu berkias untuk saya rasanya.
Wah, buku yang pelbagai. Bacaan Januari saya juga tiga buah, tetapi semua buku kanak-kanak. Penat bekerja jadi buku kanak-kanak dapat melegakan sedikit otak yang serabut (alasan).