• Allah, lega!
  • Aku mungkin dikalangan minoriti yang berpendapat apa salahnya orang Kristian mahu menggunakan nama Allah? Sebab itu aku diam, tidak pernah mahu mengulas tentang itu.

    Aku lega, bila TG Nik Aziz sendiri mengatakan boleh guna nama “Allah”. Ya, inilah dia seorang yang benar-benar alim dan berfikiran terbuka.

    Bagi aku, penentangan oleh sebilangan orang Islam terhadap perkara ini bertitik tolak dari kelemahan diri sendiri. Rasa inferior. Takut terpengaruh? Oleh itu, apa yang perlu dilakukan bukan menentang orang lain menggunakan nama Allah, tapi meningkatkan ilmu dan kefahaman orang Islam. Bukankan kafir Quraisy juga bersumpah dengan nama Allah?

    Salam.

    Blog Widget by LinkWithin

    Popularity: 20% [?]

    Entri-entri berkaitan:

    1. ALLAH III
    2. Kerana ‘Allah’
    3. ALLAH
    4. ALLAH II
    5. Bila Allah Menduga Kita

    Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

  • Comments: 15 Category: Islam, Isu Semasa
  • Tags: , ,

15 Responses

  • el says:

    bahayo dio pado budok-budok… nati budok kecik jadik pelik… bakpo tuhe kristiye ni Allah jugok? serupo ko kristiye nga Isle nih?

  • el, itu sebab kita lemah islam sebab itu kita takut. kalau mereka tak tahu apa itu itu Allah, apa itu islam macam mana kita nak berdakwah? kita sekarang beragama untuk kepentingan diri sendiri, bukan sesama umat.

    kena kukuhkan permahaman kita tentang islam, baru boleh nak explain kat budak2 kecik itu kenapa dan mengapa. nanti tak adalah mereka salah faham.

  • akuatik says:

    wehh..aku pun golongan minoriti gak..

    masa sekolah dulu ada buku sirah rasul dalam bahasa arab..pastu adalah dia citer masa abu jahal ke abu lahab ntah marah giler kat rasulullah..pastu dia cakap “demi allah, demi latta, demi uzza..” gitu ler lebih kurang…pastu lagi satu masa abrahah nak serang mekah..abdul mutalib ada berdoa something tapi ada sebut allah..tapi dalam buku tu dia cakap ler walaupun masa tu banyak berhala kat kaabah…sebenarnya derang still percaya ada tuhan yg satu..yg lain tu simbol ataupun wakil tuhan

    org arab kristian pun selamba je cakap masyallah…aku rasa kalau buku tu diterjemah ke bahasa melayu mesti tak lepas dek KDN heheheh

  • Aku setuju dengan ayat-ayat ini…

    “…Bagi aku, penentangan oleh sebilangan orang Islam terhadap perkara ini bertitik tolak dari kelemahan diri sendiri. Rasa inferior. Takut terpengaruh? Oleh itu, apa yang perlu dilakukan bukan menentang orang lain menggunakan nama Allah, tapi meningkatkan ilmu dan kefahaman orang Islam. Bukankan kafir Quraisy juga bersumpah dengan nama Allah?…”

  • kita kena banyak lagi belajar pasal islam ni kan

  • mayo says:

    Allah tu dalam sebutan arab..tuhan tu bahasa melayu..god dalam inggeris..

  • orang melayu tak boleh duduk negara2 arab sebab nanti terpesong akidah depa sebab dok dengar arab2 kristian sebut Allah. orang melayu hanya boleh duduk kat malaya je.

  • el says:

    kikiki… sebab tu lah… dah mak pak pun tak berapa nak paham Islam…

    dah yang tetua pun asek nak bergoyang kat konser eyef ngan jom hebo-hebo…

    sistem kita yang belum kuat… yang pandai pulak asek nak bergaduh soal buleh tak buleh tahlil, buat maulid, baca yaa siin ke al kahfi pada malam jemaat, lepas salam buleh tak buleh sapu muka… soal pokok tu… tak de bijak pandai yang berani nak sebut… huhuhu….

  • agree…
    “”Bagi aku, penentangan oleh sebilangan orang Islam terhadap perkara ini bertitik tolak dari kelemahan diri sendiri. Rasa inferior. Takut terpengaruh? “”

    one should be confident to their faith…

  • satu says:

    Ini menunjukkan tiada perkataan yang lebih sesuai melainkan ALLAH untuk merujuk kepada tuhan yang satu.

  • setuju nge mudin & tok gur & those yg open… Allah utk semua…

    Dia kan Ar-Rahman Ar-Rahim… Tuhan sekalian Alam…

  • babuji says:

    aku geram giler dgr noh dlm tv3 semalam selamba jer dier suruh tn guru belajar lagi maksud Allah tu aper..haram tolla…aku stuju sgt kalo tn guru jemput dier ke kelantan and berdialog ngan tuan guru…

  • masih ramai yang xpham..pastu makin bercelaru bila orang yang kurang ilmu sibuk nak tunjuk pandai..haru2…tgk berita sejak 2 menjak ni, sakit hati pun ada..bila nak habis da…

  • harimau akar semanggol says:

    el, budak2 tak akan terpengaruh, pening. sememangnya tuhan manusia semuanya sama. Allah yang ciptakan manusia, Allah tidak ciptakan manusia beragama Islam sahaja. lagi satu, agama yg diredhai Allah adalah Islam, maka keluarlah dari agama isle anda dan masuklah Islam



Leave a Reply

Tentang Tok Mudin

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com It's Me

Lensa Tok Mudin