• Kami bukan penderhaka, celaka!
  • Pertamanya, Salam Maulid Nabi kepada semua. Selawat dan salam keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

    Dan ini, sajak yang biasa saja. Tiada kosa kata yang rumit. Tiada diksi yang puitis dan penuh metafora. Hanya luahan rasa seorang penunjuk rasa.

    Keranda ini. Begitu bermudaratkah kepada UMNO/BN, sampai kami dizalimi sedemikian rupa?

    Keranda ini. Begitu bermudaratkah kepada UMNO/BN, sampai kami dizalimi sedemikian rupa?

    Kami bukan penderhaka
    hanya mahu bersua Agong bijaksana
    untuk meluah rasa
    cinta kami pada bahasa dan bangsa

    Kami bukan penderhaka
    kami rakyat jelata
    yang prihatin pada nasib bangsa
    yang bakal binasa dek serakah penguasa

    Kami bukan penderhaka
    hanya sekeping kertas yang kami bawa
    bersama keranda satu lima dua
    tiada senjata mahupun C4

    Kami bukan penderhaka
    tapi kami ditembak juga
    pedih mata tidak mengapa
    luka dihati menyiat jiwa

    Kami bukan penderhaka
    Kamu yang celaka!

    - mudin001 -
    Masjid Jamek – Istana Negara – Masjid Negara
    7 Mac 2009

    Blog Widget by LinkWithin

    Popularity: 24% [?]

    Entri-entri berkaitan:

    1. Beraya dengan Gedung Kartun
    2. Kailan ikan masin, bukan mi celup
    3. Kecek-kecek Malam Jumaat
    4. Satu saf
    5. Mu Ngabe, bukan Mugabe!

    Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

  • Comments: 7 Category: Am, Isu Semasa, Politik, Puisi
  • Tags: , , ,

7 Responses



Leave a Reply

Tentang Tok Mudin

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com It's Me

Lensa Tok Mudin