- Masih tentang PPSMI
-
Ya, masih tentang PPSMI. Selepas demonstrasi dua hari lalu, blog-blog pro-PPSMI kelihatan tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Aku tidak salahkan mereka dan meraikan perbezaan itu.
Aku juga tidak berminat untuk berhujah dengan segala statistik dan kajian ilmiah. Biarlah mereka yang lebih pakar untuk itu. Dan carilah di ruang maya ini kalau berminat. Berlambak. Antaranya, pautan-pautan yang dicadangkan oleh Faisal Tehrani, di sini.
Aku cuma mahu berkongsi dari pengalaman sendiri, seperti yang aku tulis di blog Pak Syeikh Kickdefella:
Pak Syeikh, saya kerja dengan syarikat telekomunikasi dari China, yang dikatakan menguasai market share ditempat pertama seluruh dunia (saya tiada statistiknya).
Dan pengalaman saya… English mereka… sucks terrible! Malahan, technical/product documentations yang diperlukan oleh engineer mereka di seluruh dunia, masih banyak yang belum boleh didapati dalam Bahasa Inggeris.
Apa yang saya nak kata, ketidakbolehan mereka dalam Bahasa Inggeris, tidak menghalang mereka untuk menguasai pasaran peralatan telekomunikasi dunia. Tidak menghalang mereka untuk memintas Motorola, Nokia Siemens Network mahupun Ericsson.
Dan kalau mahu meneruskan juga PPSMI, fikirlah banyak kali. Nasib anak-anak Melayu di kampung Jerimbong Ulu Kelantan, misalnya.
I rest my case. Salam.

Popularity: 24% [?]
Entri-entri berkaitan:
- 5 faktor graduan menganggur
- Aku tiada aku II
- Kecek-kecek tentang bola sepak dan politik
- Kecek-kecek tentang persepsi
- Benar-benar sakit
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 7 Category: Am, Isu Semasa, Politik



Sucks tu apa?
“Nasib anak-anak Melayu di kampung Jerimbong Ulu Kelantan, misalnya.”
Hatta kalangan guru di Wangsa Maju dan Bangsar juga mengeluh tatkala melihat anak-anak bangsa kita terkebil-kebil memahami istilah matematik dan sains di dalam Bahasa Inggeris, inikan pula di kawasan luar bandar.
Saidmirro, dari segi slanga, kalau tak silap saya, bolehlah dikatakan ia bermaksud buruk, menjijikkan. Tapi dalam konteks ini, perkataan terrible mungkin lebih sesuai. Saya dah tukar.
Adi, ya betul. Setuju.
ngaji kot melayu pun benok doh… nok ngaji ko ore puteh… koho malah la pok demo tu…
bendo susoh, nyo tamboh wi susoh lagi.. hohoho…
Gambar paling ganas pernah aku lihat!
p/s: xde pic adam yg baru ke?
Norain, ada. Tengok sini: http://www.flickr.com/photos/mudin001/