• Keramat dan Keparat Sebuah Plak
  • pada hari dikatakan matinya suara rakyat
    rupanya suara itu masih bergema di bawah sebatang pokok
    melodinya merdu dan syahdu buat jelata
    tapi memekik nyaring di telinga keparat (bertelinga satu)

    dan pokok itu diangkat sebagai keramat
    hidupnya suara rakyat pada hari matinya bangsat
    dalam hilai tawa mengejek para keparat
    pokok itu, tegak sebagai wakil rakyat
    dari dewan undangan negeri jagat

    (penglipurlara dari pihak rakyat dan keparat
    sibuk menulis hikayat bersejarah)

    (sebuah plak tidak bernyawa menjadi tanda
    keramat rakyat dan keparatnya keparat)

    lantas,
    pada hari pecahnya sebuah plak yang tidak pernah hidup
    yang tiada beda pecah atau bersatu pada hakikat
    yang pecah hanyalah sebuah tempayan menyimpan kebodohan
    hanyir baunya busuk dan membusukkan seluruh sarwa jagat

    (penglipurlara dari pihak rakyat dan keparat masih sibuk
    menulis hikayat)

    (plak itu, dulunya mati, masih mati dan sentiasa mati)

    - mudin001 -
    14 Mac 2009

    Blog Widget by LinkWithin

    Popularity: 23% [?]

    Entri-entri berkaitan:

    1. Kecek-kecek soal mati
    2. Lepas pecah perut, Bang Na-jib jadi batu?
    3. Palsu II
    4. Aku hanya ada seekor lembu
    5. Aku hanya ada sebilah parang

    Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

  • Comments: 6 Category: Isu Semasa, Politik, Puisi
  • Tags: , , ,

6 Responses



Leave a Reply

Tentang Tok Mudin

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com It's Me

Lensa Tok Mudin