• Kecek-kecek Politik(?)
  • 1. Kata Michael Coleman:

    “You may not be interested in politics, but politics are interested in you.”

    2. Ya. Benar sekali. Walau begitu benci sekalipun kita dengan politik, hidup kita tidak akan dapat lari dari politik. Bangun pagi, pergi kerja, bayar tol RM 1.50. Siapa tentukan harga tol? Orang politik, bukan?

    3. Jadi, walau macam mana sekalipun aku cuba untuk tidak menyentuh soal politik, sentiasa tak jadi. Memang kena sentuh juga. Tambahan dengan iklim politik yang panas membahang walaupun hujan turun saban hari di Kuala Lumpur sekarang.

    4. Hari ini aku dapat berita baik. Genap setahun bekerja di tempat sekarang, gaji aku dinaikkan (sedikit). Bermula hari ini. Tapi bagaimana dengan nasib pekerja-pekerja Harakah dan Suara Keadilan yang digantung penerbitan serta-merta selama tiga bulan. Pak Bakaq, misalnya?

    5. Dalam keadaan begitu, bolehkah Pak Bakaq, dan kita semua, untuk mengenepikan politik?

    6. Bolehkah para ibu bapa mengenepikan politik, bila Menteri Pelajaran adalah orang politik? Bila Menteri Pelajaran mempolitikkan sekolah-sekolah? Bila Menteri Pelajaran mempolitikkan bahasa dan masa depan anak bangsa?

    7. Sudah tentu, pilihan untuk mengenepikan politik tidak ada pada Nizar, yang dipilih untuk menjadi calon PAS di Bukit Gantang. Tahniah, dan selamat menang.

    8. Akhir sekali, sila baca: Penggantungan Harakah, tembakan pemedih mata dan pencalonan Nizar

    Jumpa lagi. Wassalam.

    Blog Widget by LinkWithin

    Popularity: 57% [?]

    Entri-entri berkaitan:

    1. Kecek-kecek tentang bola sepak dan politik
    2. Kecek-kecek ringkas seputar PAS
    3. Kecek-kecek UMNO parti Islam
    4. Kecek-kecek 2009
    5. Kecek-kecek tentang persepsi

    Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

  • Comments: 5 Category: Isu Semasa, Politik
  • Tags: , , , ,

5 Responses



Leave a Reply

Tentang Tok Mudin

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com It's Me

Lensa Tok Mudin