• The White Tiger
  • whitetigerThe White Tiger, oleh Aravind Adiga.

    ‘You, young man, are an intelligent, honest, vivacious in this crowd of thugs and idiots. In any jungle, what is the rarest of animals – the creature that comes along once in a generation?”
    I thought about it and said:
    ‘The white tiger.’
    ‘That’s what you are, in this jungle.’

    Itu, adalah perbualan antara Balram Halwai dan pegawai pemeriksa yang datang ke sekolahnya. Tapi Balram itu bukanlah nama yang diberikan oleh ibu bapanya, yang hanya memanggilnya sebagai Munna, budak lelaki. Kalau di Kelantan, seumpama dipanggil Awe untuk lelaki, atau Mek untuk perempuan. Maka gurunya memberi nama itu, Balram ketika dia mendaftarkan diri untuk bersekolah.

    Novel ini adalah perjalanan hidup Balram, dari seorang budak lelaki miskin dari kasta rendah di utara India, hingga akhirnya menjadi entrepeneur, usahawan di Bangalore, bandar yang kini menjadi tumpuan dunia oleh kepesatan industri IT and outsourcing.

    Awal-awal lagi, Balram telah menyebut bahawa dia telah membunuh bekas majikannya, untuk meletakkannya ditempatnya sekarang. Jadi tidak ada kejutan di situ. Yang menjadikan pembaca melekat dengan buku ini, aku rasa, adalah rasa ingin tahu, bukan apa yang akan berlaku, tapi bagaimana ia berlaku.

    Cerita ini, bagi aku, bukan hanya kuat pada plotnya. Tapi secara sinis, ia mengkritik sistem sosial dan terutamanya politik yang sangat korup di India. Dan akhirnya, dia sendiri yang akhirnya bergelar usahawan tidak boleh terlepas dari menjadi sebahagian dari sistem yang korup itu. Sama ada kamu jadi korup dan berjaya (baca: kaya) atau kamu lurus bendul dan terus menjadi hamba kepada orang lain. Tidak ada pilihan lain.

    Namun, dari segi emosi, aku tidak merasa begitu melekat dengan watak ini, mungkin kerana terlalu banyak kesinisan dalam naratifnya. Dari segi ini, The Kite Runner jauh lebih mengesankan.

    Aku tidak membocorkan apa-apa di sini kan? Banyak kisah-kisah menarik yang boleh dialami bersama Balram, The White Tiger, terutamanya ketika menjadi pemandu tuannya, Ashok Sharma (yang akhirnya disembelihnya). Ops…maaf. Bacalah sendiri. :)

    Blog Widget by LinkWithin

    Popularity: 27% [?]

    Entri-entri berkaitan:

    1. Baca seperti Czechs!
    2. Buku: 29 untuk 2009

    Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

  • Comments: 2 Category: Buku
  • Tags: , ,

2 Responses



Leave a Reply

Tentang Tok Mudin

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com It's Me

Lensa Tok Mudin