- Selamatlah Najib! (2)
-
1. Ada satu perkara yang aku lupa nak katakan dalam entri terdahulu. Iaitu, tentang Pak Lah terlepas peluang untuk menaikkan sedikit namanya sebelum bersara. Pembebasan tahanan ISA itu misalnya, boleh saja diusahakan terlebih dahulu oleh Pak Lah.
2. Apapun, jangan terlalu gembira dan terpedaya dengan gula-gula Najib. Masih ramai yang meringkuk dalam ISA.
3. Untuk menjadi lebih populis, ada satu perkara utama yang boleh dilakukan Najib. Mansuhkan PPSMI. Pasti puak Pakatan Rakyat terduduk kelu kerana hampir kehabisan peluru. Sebab itu, Pakatan Rakyat tidak boleh hanya bergantung pada politik isu. Yang sentiasa suam sejuk.
4. Dalam keadaan hari ini, memandang dari jauh, aku tidak begitu optimistik dengan peluang Pakatan Rakyat di ketiga-tiga PRK. Mungkin Najib terselamat kali ini?

Popularity: 32% [?]
Entri-entri berkaitan:
- Kecek-kecek: Khairy, Muntadhar & Najib
- Selamatlah meratah kebencian, dan hilangkanlah haus dengan darah
- Faham 1Malaysia
- Kamal vs Zaid
- Jeritan batin
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 3 Category: Isu Semasa, Politik



dok pehe weh….
mu keno ropok mase nok gi guwe musang… pah tu… propok tu siyyang ke mu… ye wi skek la duit tambang…
pasal wik tambang hok sket tu… mu pung kate… “baik gok propok tu…”
baik mnape… doh ye bahang pitih mu abih l’licing dok tingga starabok….
Sari duo dale palo otok ambe dok main 1 hingga 4 tuh la…
Pokcik, tanyo puok-puok UMNO?BN lah, mesti pok dio pehe.
ambe, bo lah dok main sapa 4 nyoh, cari 5, 6, 7 dan seterusnya pulok. :>