- Bacaan Mac
-
Cukuplah dulu cerita Najib setakat ini. Masih banyak masa untuk itu, Insya Allah.
Sekarang kita kecek-kecek tentang apa yang di baca bulan lalu. Alhamdulillah, Mac lalu kiranya agak produktif, dengan jumlah tiga buah buku habis dibaca.
Pertama, The White Tiger, yang telah pun aku tulis tentangnya di sini.Keduanya, novel lama terbitan 1980-an, Senjakala oleh Baharuddin Kahar. Buku ini dibeli dengan harga RM 1.00 di Pesta Buku Selangor dua tahun lalu. Ceritanya tentang cinta orang tua terhadap anaknya. Ceritanya tentang degilnya orang tua, ego orang tua dan bermacam-macam tentang orang tua yang ketika mudanya seorang pemburu handalan. Tercabar di usia senja untuk mendapatkan daging rusa untuk anak yang bakal dijemput malaikat maut. Cerita yang bagus. Banyak ilmu tentang perburuan dan hutan. Sedikit sebanyak mengingatkan aku kepada Srengenge (Shahnon Ahmad).
Ketiga, Ingin Sebebas Burung, atau Flugversuch, sebuah antologi dwibahasa cerpen Malaysia dan Jerman, terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB). Memuatkan antara lain cerpen oleh Usman Awang dan Siti Zainon Ismail dari Malaysia dan Wolfgang Borchert dan Heinrich Boll dari Jerman. Antara karya yang paling aku suka adalah Hilangnya Semangat Kerja oleh Boll.Insya Allah, kalau ada masa dan ruang, aku akan cuba untuk menulis lebih panjang tentang buku yang kedua dan ketiga.
Kalian bagaimana? Banyak membaca?

Popularity: 30% [?]
Entri-entri berkaitan:
- Bacaan Oktober & November
- Bacaan September
- Kisah kehidupan Mursyidul Am Ikhwan
- Bila Allah Menduga Kita
- Tak sempat nak ke pesta buku…
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 10 Category: Buku



Tak ada buku yang saya habiskan dalam bulan Mac. House of Glass hanya sempat dihabis dua hari sudah. Sedang membaca Presentation Zen oleh Garr Reynolds.
Saya baca Ingin Sebebas Burung tahun lepas. Hilangnya Semangat Kerja memang best. Mesejnya amat menarik dan ceritanya senang untuk diingat dan dikongsi dengan orang lain.
Bulan Mac dan hanya sebuah buku sahaja yang saya berjaya habiskan – Maryamah Karpov yang saya habiskan pada satu malam sahaja. Belian buku bulan ini lebih kepada buku politik, tetapi tidak dihabiskan juga pembacaan. huhu
Rol, oh… dah baca ya? Betul, cerita itu senang, dan mesejnya ringkas dan senang dikongsi. Ada belajar perkataan Jerman tak? Selain Flugversuch.
Xara, ah… kamu dan kawan-kawan, memang! Penggila Andrea Hirata. Heh!
Aku tak suka baca novel…tapi baca blog dan berita kat internet tiap2 hari pun aku boleh buat…
Mac dan masuk April dan beli 4 buah. Satu habuk pun tak habis lagi! Tu kawe.
mudin,
Kena tengok balik buku ni.
Perkataan Jerman, kalau ada belajar pun dah lupa…
saidmirro,
Tu biasa.
AB, haha… kira bacalah juga ya?
Saidmirro, Rol, ya… itu biasa!
Tok mudin mesti ada inspirasi minat membaca, bukan senang nak pupuk minat membaca
Macamana saya nak dapatkan buku Senjakala
Faisal, saudara boleh beli online dari Dawama.
http://www.dawama.com/index.php?ch=11&pg=381&ac=12079&tpt_id=11