- Satu Batang untuk kamu, dua Bukit untuk kami
-
1. Maka rasmilah keputusannya. PR menang di dua bukit, dan BN (bukan UMNO ya?) menang di satu batang.
2. Kalaulah keputusan ini ada membuktikan sesuatu, yang jelas ialah ia menunjukkan kejantanan PR dan kepondanan BN. Haha! (Sorry, can’t resist it.)
3. Tahniah untuk Dr Mahathir, yang mana aku bercadang untuk menulis tentangnya dalam entri yang lain. Selamat berhijrah ke Batang Ai (untuk sementara). Orang semenanjung dah tolak kamu.
4. Tahniah untuk PM Malaysia ke-6, Najib Razak. Apa hal dah tiga gol (Parlimen) tak berbalas ni?
5. Tahniah (yang ini ikhlas) untuk Ir Nizar dan Manikumar.Tahniah untuk semua pekerja dan penyokong Pakatan Rakyat. Tahniah untuk PAS, PKR dan tidak lupa DAP. Teruskan berjuang.
6. Dalam hingar-bingar di dua bukit dan satu batang, kalian mungkin terlepas berita harga ayam naik hari ini. Heh!
Salam!

Popularity: 37% [?]
Entri-entri berkaitan:
- Kecek-kecek Bagan Pinang (2)
- Kamal vs Zaid
- Sokong 2Aziz
- Kecek-kecek 2009
- Kecek-kecek tentang bola sepak dan politik
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 9 Category: Isu Semasa, Politik



lucu betul ! Maka rasmilah keputusannya. PR menang di dua bukit, dan BN (bukan UMNO ya?) menang di satu batang hahaha
salam..
macam cita p.ramlee pulak ye…
hehe
berita esok -> BN menang besar di batang ai..
berita esok -> pengundi masih tertipu, ditipu oleh dakyah PR
oh oh, suka point pasal Tun M itu.
sangat munasabah … bukan ke dah 4 gol tidak berbalas …
buke tigo la awe… pak… hohoho…
mace emiyu kaloh ko libepu… 4-1.. hohoho… ko guano id??
tajuk sakkobar esok…
BATANG AI MASIH GAGAH MILIK BN – PM
Pokko, ya, P. Ramlee memang genius. Jauh memandang ke hadapan.
Rakyat, Pakchik, yang aku maksudkan 3-0 tu, untuk kerusi Parlimen.
Manikumar tu ada meh Zambry MB haram, dokko?
saidmirro, yo ko? tok perase la pulok… dok pun, meme tok napok.