- Selamatlah Mahathir!
-
1. Bercakap tentang Mahathir, aku tidak hairan sangat dengan apa yang dia buat. Sama ada dia keluar UMNOkah, masuk balikkah, lantak dialah. Hak dia.
2. Relevan atau tidak Mahathir dalam politik Malaysia sekarang. Kalian nilai sendirilah. Tak perlu ulas panjang.
3. Apa yang aku berminat nak kecekkan di sini, adalah tentang pemuja-pemuja Mahathir yang bukan dari UMNO. Tapi dari PAS. Ada sesetengahnya begitu bersungguh ‘hidung tak mancung, pipi berkurap, mulut busuk pulak tu’ mahu mendampingi Mahathir ketika dia begitu kuat mengecam Pak Lah.
4. Mahathir tak pandang pun mereka. Haha! Kenapalah mudah sangat nak terpedaya dengan kaki putar alam itu.
5. Selama mana pun, aku tidak pernah meragui bahawa kecaman-kecaman Mahathir terhadap kerajaan Pak Lah adalah atas kepentingan peribadi, bukan untuk rakyat dan negara. Dan aku masih yakin, telahan aku adalah benar.
6. Apapun, biarlah Mahathir terus berilusi akan kehebatannya yang tiada tanding, pengaruhnya yang tiada padam. Biarkan dia. Biarkan UMNO terus hancur dengan pembaharuan ala Mahathirisme Najib.

7. Melupakan dan buat bodoh sahaja terhadap Mahathir adalah yang terbaik untuk kita. Dan sebenarnya terbaik juga untuk Mahathir, kalau dia mahu duduk diam.
Salam.

Popularity: 37% [?]
Entri-entri berkaitan:
- Selamatlah meratah kebencian, dan hilangkanlah haus dengan darah
- 13 Mei Sebelum Dan Selepas
- Husam Musa dan Anual Bakhri
- Kecek-kecek Bagan Pinang (2)
- Kecek-kecek Muktamar Khas PAS
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 8 Category: Isu Semasa, Politik



Just writing a post about this.
Mukhriz jadi Menteri!
WOW! Hancur lagi UMNO.
Syabas!
tengok idung pung tau doh… kikiki…
lening kheje ye duk penaik anok ye tu la… natang dok brani blawang.. kene ade ayoh tukak kok blakang baru brani… aloh gok.. kelik k’kabo ke ayoh aluh… natang mende… tengok hok se lagi tu la… gile nok maing khete lombe… k’kabo ke ayoh wak litor se… buat la natang ayoh nih… bla rugi dak pe.. muge wik orang… hohoho…
hok se lagi dok panda n’nege… putuh modal, k’kabo ke ayoh… ayoh pun susoh payoh dok takuk ke tohang… curi la pitih petronah… tulung anok n’nege nok kene lelong… masuk nrake dak pe…
Tok Din, amat bodoh untuk kita mengharapkan Mahathir akan duduk diam.
aku sependapat dengan ko pasal che Det….patut dah lama dia bersara ni…tut nak main politik lak..klu nak main pun,,main lah belakang http://www.kongsiblog.com/mengapa-barisan-nasional-masih-kalah/
rasanya,orang-orang mengambil kesempatan menghentam musuh walaupun yg menghentam itu dari kem yg sama, bijak juga lah mereka.
Masakan tidak , ramai yg semakin bukak mata kebencian politik suku sakat terutama selepas kritikan oleh orang yg membuat onar sendiri
Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Yusuf 12:108)”
Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq
Tun Mahathir mmg bijak, tapi style dia agak keras sedikit. Kalau tak masakan dia boleh menutup pekung dalam Umno semasa pemerintahan beliau. Sekarang dia masuk balik UMNO dan masih lagi dialu-alukan kerana pemikiran beliau yg jauh ke depan.
Walaupun dia pernah buat silap orang masih sayang kat dia ni. Tapi secara umumnya aku menolak UMNO kerada masalah ahli atasannya. Tak nak la bersubahat dgn memilih pemimpin yg tak amanah.