- Slumdog Millionaire
-
Aku tidak terkejut apabila ada ulasan yang mengatakan filem Slumdog Millionaire telah menghancurkan versi bukunya yang asalnya berjudul Q & A. Itu perkara biasa apabila filem ditonton dengan mata pembaca buku. Aku sendiri pernah membuat kesilapan itu. Tapi setelah beberapa kali dikecewakan, aku mula belajar untuk menonton filem dengan mata penonton filem, bukan pembaca buku.
Aku belum menonton filem tersebut, tapi baru menghabiskan novelnya minggu sudah.
Sebagai orang yang tidak percaya kepada kebetulan seratus peratus, aku agak skeptikal dengan jalan cerita novel ini. Berjaya menjawab 12 soalan untuk memenangi 1 billion rupees, hanya kerana tuah dan kebetulan, adalah mustahil bagi aku. Tidak logik.
Namun, setelah semakin lama menyelam di dasar penceritaan buku ini, aku sedar, soalan-soalan yang dijawab itu bukanlah fokus utama cerita ini. Ia hanyalah pentas untuk mementaskan realiti kehidupan seorang kanak-kanak yatim piatu dan manusia-manusia yang mewarnai hidupnya. Masing-masing ada cerita tersendiri, ada pengajarannya tersendiri dan ada falsafahnya sendiri (kalau mahu).
Walaupun aku berjaya meneka dengan tepat siapa Smita yang tiba-tiba muncul menyelamatkan Ram Mohamad Thomas dari genggaman polis, pengakhiran cerita ini tetap menyediakan kejutan untuk aku. Terutamanya tentang motif sebenar dia menyertai kuiz tersebut, yang sebenarnya tiada kaitan langsung dengan niat memenangi wang 1 billion rupees. Dia sendiri tahu, tak mungkin akan dapat menjawab kesemua soalan itu.
Nah! Rupanya wang bukan segala-galanya, walaupun untuk si miskin yatim piatu, kan?
Akhirnya, aku terpaksa akur dengan kehebatan novel ini. Dan akhirnya, aku menyukainya, lebih dari The White Tiger.
Dan seperti biasa, aku hanya nak kata, bacalah sendiri!

Popularity: 28% [?]
Entri-entri berkaitan:
- Suara Baru guna gambar buku Tok Mudin tanpa kebenaran
- Tak sempat nak ke pesta buku…
- Kisah kehidupan Mursyidul Am Ikhwan
- Bila Allah Menduga Kita
- Buku baru dari The Book Depository!
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 8 Category: Buku




salam,
baru habis baca buku ni dalam beberapa minggu lepas. Kemudian baru menonton filem, memang sudah awal2 persiapkan otak untuk tidak membanding beza buku dan filem. Cumanya, filem lebih sadis tapi buku lebih tragis.
Cerita yang paling mengharukan pada saya adalah cerita Shankar. haru haru.
Betul ke lagi best dari The White Tiger? Versi dengan title Slumdog Millionaire yang ini sama ke dengan Q & A, atau ada yang berubah?
Nanti ah aku try baca pulak. Tapi nanti dulu, ya.
Tak gi pesta buku ke woi? Marilah pergi beramai-ramai.
dah tgk filem..tapi buku tak baca..tak sempat kot utk thn ni.. hehehe
apa awak ckp tu.. betul betul betul… sbb tujuan utama dia adalah supaya perempuan yg dia suka tu nampak dia dlm rancangan kegemaran perempuan tu.. huuhuh rupanya filem hindustan tu hanya papar yg cantik2 gunung ganang bersih ntah kat mana2 eh…
Ainishamsi, setuju. Kisah Shankar, dan keseluruhan kisah hidup Ram Mohamad Thomas di Agha adalah paling menarik dan mengharukan.
Peija, pada pandangan aku, begitulah. Slumdog Millionaire dengan Q & A, sama saja. Kulit saja beza. Pesta buku? Insya Allah, hujung minggu ini.
Kak Ieka, begitu ya? Nampaknya tujuan itu berbeza dengan versi asal dalam novelnya, walaupun ia tetap berkaitan dengan perempuan yang dicintainya. Sebab itu, akak kena baca juga buku tu.
“Tapi setelah beberapa kali dikecewakan, aku mula belajar untuk menonton filem dengan mata penonton filem, bukan pembaca buku.”
Pertama kali saya dikecewakan ialah dengan filem Jurassic Park. Apesal dinosaur banyak-banyak spesis dalam novel tapi dalam filem tinggal 6 spesis aje? Masa tu bengang betul.
Rol, haha! Sekarang belajarlah untuk tidak kecewa.
Salam Tok Mudin.
Mungkin saya agak ketinggalan tetapi saya baru sahaja sudah menonton filem Slumdog Millionaire dan kini, saya amat teruja untuk membaca novelnya pula. Saya terjumpa blog Tok Mudin ini apabila meng’google’ tentang novel tersebut. Boleh saya tahu di mana Tok Mudin beli novel tersebut? Dan berapa pula harganya?
Sekian, terima kasih. Wassalam.
Nazrahku, buku itu boleh didapati di mana-mana kedai buku. Sila cari novel dengan tajuk Slumdog Millionaire atau Q&A. Kedua-duanya adala buku yang sama, tapi pastikan penulisnya adalah Vikas Swarup.