- Kecek-kecek PBAKL 2009
-
1. Kalian sudah ke pesta buku edisi tahun ini? Aku ke sana siang tadi, buat kali ketiga berturut-turut bersama King Binjai. Tapi belum berjaya merealisasikan impian membawa RM 1000 bersama.
2. Tak apalah. Pesta buku bukan semata untuk memborong buku. Tapi untuk menikmati suasana di sekitar buku dan khalayak penggemar buku.
3. Kali ini, aku bawa Adam bersama, kerana telah berjanji dengannya, mahu naik keretapi (baca: LRT) dan membelikannya tanah liat (baca: Play Doh) yang dimintanya sekembalinya aku dari Kuantan.
4. Bajet tahun ini tidak banyak. Tapi laju saja mengambil buku-buku ke kaunter pembayaran. Hasilnya, baru separuh perjalanan, bajet sudah habis. Maka pulang tangan kosong dari gerai ITNM, Dawama dan Gerak Budaya, walaupun ada buku-buku yang aku berkenan. Tak apalah, lain kali.
5. Tadi, berpeluang bertemu penulis Atas Nama Cinta, Isa Kamari. Lebih menggembirakan, apabila memperkenalkan diri sebagai Najmuddin, beliau masih ingat bahawa aku pernah menghubunginya sebelum ini untuk wawancara atas talian. (Kecek-kecek bersama beliau itu boleh dibaca di sini, dan di sini).
6. Beredar dari PWTC kira-kira jam 12.30 tengahari. Sebenarnya perancangan asal mahu melihat TG Nik Aziz di gerai Anbakri Publika, tapi sudah keletihan mendukung Adam. Dia pula tidak henti-henti menuntut janji tanah liatnya.
7. Singgah di Parkson, The Mall untuk menunaikan janji Adam. Turun minum bersama King Binjai. Ketika itulah terserempak dengan Dr. Irwan, Cikgu Hasimah (pengasas esastera.com) dan anak. Mereka menyertai kami bersembang-sembang, topik utamanya sudah pasti tentang pesta buku dan juga esastera.
8. Pendeknya, kunjungan ke pesta buku hari ini, lebih dari berbaloi.

Bersama Isa Kamari, Adam sudah terlena.

Upin, aku dan FT di gerai ITNM.

Bersama King Binjai dan Dr. Irwan.

Seronok betul Adam. Dapat naik keretapi, dapat tanah liat, dapat hadiah roti dari Cikgu Hasimah.

Hasil tangkapan

Popularity: 29% [?]
Entri-entri berkaitan:
- Entri pemanas PBAKL 2010 (2)
- PBAKL 2010
- Entri pemanas PBAKL 2010
- Tak sempat nak ke pesta buku…
- Buku: 29 untuk 2009
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 15 Category: Buku, Famili, Foto



aku x sempat lagi. siap la nanti. haha pesta memborong buku akan bermula… hehe
Mudin,
Wah, hebat wawancara dengan Isa Kamari tu
– tahniah. Saya belum sempat bercerita di BukuRia tentang PBAKL. Pergi Sabtu lepas, mungkin ke sana lagi Rabu nanti – kali ini mungkin tak bawa si kecil lagi.
Kalau datang lagi, jangan lupa singgah gerai PTS. Saya selalu ada di situ.
Hasil tangkapan aku….
http://hasbullah.pit.my/2009/04/hasil-tangkapan-di-pesta-buku.html
ohhh hari ni mengejar dateline. seharian di perpustakaan buat research dan menulis. jadi ketinggalan untuk berpesta. kesian anak-anak. takpe … insyaAllah di lain masa.
KNizam, borong banyak-banyak, bagilah hadiah free kat pembaca blog hang, terutamanya aku. Hehheh!
Kak Najibah, terima kasih. Jangan lupa tulis ceritanya nanti.
Alif, gerai PTS saban tahun sesak. Dan saya sentiasa mengelak darinya. Tak apa, buku-buku PTS senang didapati di kedai-kedai buku.
Hasbullah, ya… dah tengok. Banyak juga ya?
Izinni, pergi hari bekerjalah, tak sesak sangat.
petang nanti akan pergi memborong dengan komrads dari AIC.
cuma nak tanya, apa khabar adik alya?
Wah.. banyaknya buku diborong. Tahun ini saya hanya membeli 6 buah buku sahaja. Itupun ada buku yang sudah diambil terpaksa diletak kembali. Saya tidak menemui gerai ITNM dan Ameen Publishing. Pulang dari pesta buku abru mengetahui gerai ITNM itu yang ada kereta myvi. Saya sangka orang menjual kereta. Huhu.
Kedudukan geraai tahun ini macam mengarut-ngarut je.
wah..untuk berapa lama puna ration tuh?
wah, ada 3 hasil tangkapan tok bertajuk ‘cinta’..
Bumilangit, selamat memborong. Alya, Alhamdulillah, sudah beransur pulih.
Xara, ya, terasa juga. Agak berserabut susunan gerainya.
Saidmirro, haha… tok tahulah.
Achik, tajam juga mata kamu ya. Hiks!
dude, takpelah ada rejeki tahun tahun akan datang kita realisasikan impain tersebut. kalau tak kita minum sarsi pun cukuplah haha.
dude, aku frust dengan Kota Larangan Qui!
Lors… frust dengan kecacatan fizikalnya, atau kandungannya yang mengecewakan?
Tangkapan yang lumayan, sahabat