- Seruan untuk ahli-ahli PAS; sertai Goodreads!
-
Tersentak tapi tidak terkejut bila TG Hj Hadi mengatakan ahli-ahli PAS tidak banyak membaca.
“Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang kerajaan perpaduan termasuk dikalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri,
“(mungkin) kerana kesibukkan (mereka) tidak mengetahui istilah-istilah dalam politik, kerana tidak membaca (banyak) buku-buku politik.”katanya di kediaman beliau, disini kelmarin.
Kita sememangnya sering didoktrinkan bahawa rakyat Malaysia kurang membaca. Sama ada ia fakta atau mitos, entahlah. Maka bila rakyat Malaysia kurang membaca, maka logiklah agaknya bila ahli PAS yang semuanya rakyat Malaysia, juga kurang membaca. Fakta atau mitos? Pedulikan. Kalau ia fakta, mari kita sama-sama mengubahnya. Kalau ia mitos, mari kita sama-sama menghapuskannya.
Sebenarnya, aku percaya bahawa rakyat Malaysia cintakan buku. Dan lebih-lebih lagi ahli dan penyokong PAS. Aku sendiri, ketika mula-mula berjinak dengan jemaah dan haraki, buku Fiqh Harakah TG Presiden adalah bacaan utama. Malah dikhatamkan lebih dari sekali.
Kalaupun ahli-ahli PAS sudah semakin kurang membaca, mungkin kerana mereka sendiri disibukkan dengan kerjaya dan juga kerja-kerja parti. Tapi tak apalah, membaca ini sebenarnya perlu dibudayakan. Ketika di kampus dan bersama dengan rakan-rakan yang kaki buku, maka terbeleklah juga buku. Oleh itu, kalau mahu menghidupkan kembali ghairah membaca, kenalah mendekati kelompok pembaca juga.
Kerana itulah, di sini, aku mahu mengajak semua (terutamanya ahli-ahli PAS yang dikatakan kurang membaca), menyertai Goodreads. Baca seruan Kak Najibah, moderator Malaysians@Goodreads, di sini.
Hidupkan ghairah membaca, buktikan rakyat Malaysia amnya, dan ahli PAS khususnya, banyak membaca.
Salam!

Popularity: 34% [?]
Entri-entri berkaitan:
- Baca seperti Czechs!
- Macam kenal je…
- Buku: 29 untuk 2009
- Bila Allah Menduga Kita
- Beberapa pautan tentang buku
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 7 Category: Budaya Membaca, Buku, Politik




Assalamualaikum,
Tidak berjumpa saudara di pesta buku. Mana menyorok?
Mudin, great and thanks
. (Hebat dan terima kasih – tak boleh tinggal BM, rasa guilty, ops, bersalah)
Web Sutera, ada. Lihat entri terdahulu.
Kak Najibah, sama-sama.
molek-molek nyo… aji adi tu katok dulu tekok tok-tok wokey pah tuh… pah pemiping prekak atahse pah tuh… pok tu malah b’baco parok jugok tuh… hok reti nyo.. tunggu nok demo, politiking, yoya yoya…
tok wokey kade tok tau isu gapo… pah ore tanyo… slok ngangongango lah… kehkehkeh…
DI KLIBF itu kelihatan seperti majoritinya Melayu. Tak pasti samada mereka suka-suka merayau di situ. Membeli buku kemudian membacanya. Mahu kelihatan berada di situ. Atau apa. Entah.
mungkin sbeba dorang takde rm1k untuk ke pesta buku kot
huhuhuhu
diorunk kena wat pesta buku kot
* blog walking