- Kecek-kecek Pemilihan PAS
-
1. Kalau aku mahu berbahasa kasar dan berkurang ajar, akan kukatakan, apekejadahnya dicalonkan TG Nik Aziz sebagai Presiden PAS?
2. Bukan mahu mengatakan TG Nik Aziz tidak layak menjadi Presiden PAS. Layak, malah lebih dari layak. Sebab itulah beliau dilantik jadi Mursyidul AM, kedudukan paling tinggi dalam hierarki PAS.
3. Tapi pencalonan TG Nik Aziz itu bagi aku, smells fishy. Ada udang di sebalik batu. Suatu tindakan desperate untuk menyingkirkan TG Hj Hadi sebagai presiden, tapi tidak mempunyai calon yang mampu menandingi beliau, melainkan TG yang satu lagi. Perbuatan apakah itu kalau bukan melaga-lagakan? Apapun, aku yakin TG Nik Aziz jauh lebih bijak dan tinggi hemahnya. Hentikanlah perbuatan mengadu domba.
4. Jangan salah anggap bahawa aku menolak pertandingan dalam PAS. Malah sebaliknya. Bertandinglah semahunya, mengikut lunas-lunas yang dibenarkan. Tiada masalah. Malah, kalau benar TG Nik Aziz mahu bertanding juga (haha!). Bertandinglah. Tiada masalah.
5. Tapi, aku merasakan TG Hj Hadi masih orang yang selayaknya dan paling sesuai untuk berada di kerusi Presiden.
6. Untuk Timbalan Presiden pula, aku cenderung untuk bersetuju dengan pandangan FT, di sini.
7. Naib Presiden? Husam – bolehlah. Nizar – kalau takpun, sekurang-kurangnya MT. Mujahid Yusof Rawa -ini calon aku!. Hehheh!
Selamat memilih dengan suasana penuh ukhuwwah. Salam.

Popularity: 29% [?]
Entri-entri berkaitan:
- Kecek-kecek: Jalanraya dan Pemilihan PAS
- Kecek-kecek Pemilihan PAS: Naib Presiden
- Kecek-kecek tentang bola sepak dan politik
- Nik Aziz makan ulam raja tak?
- Kecek-kecek ringkas seputar PAS
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 6 Category: Isu Semasa, Politik



Heh, Mat Sabu as Timbalan Presiden? TIDAK sama sekali saya bersetuju. Bahaya kalau Mat Syiah ni jadi Timbalan Presiden. Untuk calon Timbalan, saya lebih suka kalau Husam jadi Timbalan tapi kalau Ustaz Nasha mendapat pencalonan diharap Ustaz kekal di situ.
- MENJ
Item 1), 2), 3), 4) & 5) paling aku suka.
Ada ke org dengar tu, yang dok pandai2 cadang sendiri? PAS Bkt Bintang tu tau tak apa Mursyid Am tuh? heh2x..haraki..haraki…
patut nyo calong kawe utok presiden tuh… hohohoho…. ore laing dok leh arap blako…. ekekekek…
efti mesti la sokong yang sekufu ngan dia…
mat sabun… malaih nak chegheita…..
kalu stakat ikut demo… doh meme dio tak dok khijo’e laing doh… tok wokei dok… ahli majelih dok… buleh la gi… ore laing ado khijo’e laing lagi…
kelah mat sabu… kalu ikut gak… bare wak blago laa… tidok keno tanjok nok duk atah bahagiye m’mikir banyok nih…
nasa… hohoho… cak aye…
use… dok leh gi mano lo nih… sini pung dio banyok masa’aloh… nga anok nik aziz, ngan nik amar lagi… nga taki lagi, nga abe jak, nga kambing, nga sayuti lagi… kikiki…
jadi… supo kawe kato takdi lah… letok kawe presideng… bereh blako… kikikiki…
Menj, boleh tak kalau aku lebih suka mengambil sikap buta mazhab dalam hal ini? Lagipun, aku berpandangan Syiah adalah sebahagian dari Islam, sebagaimana pendapat ramai ulama’, termasuk Mahdi Akef (Mursyidul AM Ikhwanul Muslimin).
Web Sutera, terima kasih kerana suka.
Saidmirro, hehheh!
Pakchik, mung jadi presideng, aku jadi timbalang. Guano?
honestly aku sampai sekarang tak faham kenapa nak diungkitkan sangat pasal syiah ni. memang la ada banyak tak betul pasal mazhab tu tapi kenapa nak ditengok pada yang tak elok. ada yang elok langsung tak peduli. as-sunnah sekarang pun banyak tak betul … maksud aku pengikutnya. siapa yang banyak buat punah ranah kat dunia arab tu? siapa pulak yang membela?
hmmm kalau cakap pasal ni sampai bila pun tak abih.
aku sokong je pochik dengan mudin jadi pres dengan timb pres. errr tapi aku tak leh ngundi. hahahahahah