• Bacaan April
  • April sentiasa saja jadi bulan membeli buku, bukan membaca. Tapi Alhamdulillah, dapat juga dihabiskan dua buah buku. Kedua-duanya fiksyen. Ah, aku semakin banyak membaca fiksyen akhir-akhir ini. Kenapa ya?

    Pertama, Slumdog Millionaire, telah pun ditulisĀ  tentangnya di sini.

    3558357Kedua, novel Salju Sakinah oleh Zaid Akhtar. Kalau anda penggila Ayat-ayat Cinta, novel ini mungkin untuk anda. Dan kalau kalian sukakan Tunggu Teduh Dulu (FT), kalian mungkin sukakan buku ini juga.

    Seperti Ayat-ayat Cinta, buku ini juga menyoroti kisah seorang pelajar jurusan agama di Timur Tengah, bezanya ia di Jordan bukan Mesir. Dan watak utamanya adalah wanita bukan lelaki. Dan inilah persamaannya dengan Tunggu Teduh Dulu. Selain watak utamanya wanita, kedua-duanya kemudiannya terlibat dalam perusahaan berkait hasil pertanian. Kalau TTD dengan ladang betiknya, Sumayyah dalam Salju Sakinah pulang dari Jordan mendapati bapanya meninggal dunia dengan kilang kerepek yang ditinggalkan untuk diusahakannya.

    Dari segi plot, aku kira cerita ini biasa saja. Walaupun penulisnya cuba untuk membuat sedikit kejutan di sana sini, tapi ia boleh diagak. Novel ini mungkin kuat pada mesejnya. Berdakwah tapi tidak terlalu berkhutbah, atau memaksakan ke atas pembacanya. Seperti biasa, bacalah sendiri!

    Kalian pula baca apa? Silalah berkongsi.

    Dan kalau rajin, sertai kami di Malaysians@Goodreads. Bulan ini kami memulakan aktiviti yang kami namakan ‘Kau Baca, Aku Baca, Kita Bedah‘. Empat buah buku dipilih sebagai bahan bacaan untuk setiap bulan. Tika ini aku mula menikmati Ketupat Cinta [Musim Pertama] (FT), salah sebuah buku yang kami pilih untuk bulan ini.

    Selamat membaca.

    Blog Widget by LinkWithin

    Popularity: 28% [?]

    Entri-entri berkaitan:

    1. Bacaan Oktober & November
    2. Baca seperti Czechs!
    3. Baca@April
    4. Bacaan September
    5. Baca@ Januari & Februari

    Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

  • Comments: 4 Category: Budaya Membaca, Buku
  • Tags: , , , ,

4 Responses



Leave a Reply

Tentang Tok Mudin

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com It's Me

Lensa Tok Mudin