Latest Blog Posts
- Selamatlah Dato’ Pa
Mustapha Mohamad sering disebut sebagai antara segelintir politikus UMNO/BN yang bersih, boleh diharap, berprestasi baik.
Bagi aku, kenyataan itu adalah kenyataan dari manusia yang buta politik, bak seorang mufti yang tidak biasa dengan sejarah politik Islam. Kenyataan itu, samalah benarnya dengan mengatakan Pak Lah tidak pernah tidur semasa bertugas dan sama betulnya dengan mengatakan Najib Razak [...]- Comments: 4 Category: Isu Semasa, Politik
- Kecek-kecek: Pemandu Keretapi, Nik Aziz dan Muhyiddin
Rupanya sudah lama juga aku tidak mengemaskini blog Puisi Abah, walaupun sebenarnya masih banyak karya-karya Abah yang belum dimasukkan.
Apapun, nikmati karya terbarunya: Degilnya Seorang Pemandu Keretapi
Pada telahan aku, ia adalah suatu tribut untuk Tok Guru Nik Aziz yang kini kecoh pula dengan tuduhan sesat/komunis terhadap UMNO. Ia sehinggakan Tuan Guru Muhyiddin Yassin menempelaknya dengan kata, [...]- Comments: 7 Category: Isu Semasa, Politik, Puisi
- Manusia
manusia bukan
manusia kalau tidak berlawan sesama
manusia dimana-mana
manusia tetap sama
manusia dalam alpa mereka bersengketa sesama
manusia tidak sedar tamadun
manusia bakal musnah kerana
manusia lemah tidak terlawan
manusia akan babi.
- mudin001 -
25 Jun 2009- Comments: 1 Category: Am, Famili, Foto, Puisi
- Kecek-kecek: H so N so
(Imej dicilok dari sini)
1. Kata abang ipar aku, di Kelantan, H1N1 disebut H so N so. Tidaklah dapat dipastikan benar atau tidak. Mungkin Pakchik El boleh sahkan?
2. Tergelak aku melihat Rais Yatim menggelupur meminta virus itu dipanggil selesema babi, nama asalnya yang tidak sanggup disebut beberapa ketika dulu. Nasib baik aku memang dah lama memanggilnya [...]- Comments: 2 Category: Am, Isu Semasa
- Manusia Saat Ini – Nik Abdul Aziz
(Imej dicilok dari sini)
1. Dengan tenangnya ‘kocak secangkir kopi’ (meminjam Muhamin Sulam), berbagai pujian diberikan kepada TG Nik Aziz kerana kebijaksanaannya dalam menangani kocak tersebut.
2. Prof Hamirdin menyifatkannya sebagai pengakhiran yang tiada cacat celanya, an immaculate end. Namun, ada juga yang mengutuk.
3. Bagi aku sendiri, walau pada mulanya melihat tindakan Tok Guru agak keterlaluan terhadap [...]- Comments: 2 Category: Isu Semasa, Politik
- Satu saf
Keputusan telah dicapai. Kenyataan TG Nik Aziz:
“Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti [...]- Comments: 2 Category: Famili, Foto, Isu Semasa, Politik
- Menangisi PAS
1. Walau tanpa air mata, hati aku menangis hari ini. Menangisi PAS.
2. Di Facebook, aku mengatakan bahawa TG Nik Aziz keterlaluan dalam kenyataannya hari ini. Aku masih berpegang dengan pendirian itu. Walau apapun dosa Ust Nasha, tindakan ‘menyampahkan’ beliau yang merupakan Timbalan Presiden PAS adalah melampau, tambahan pula ia keluar dari mulut seorang Tok Guru.
3. [...]- Comments: 14 Category: Isu Semasa, Politik


