• Kecek-kecek: H so N so
  • swine_flu_i_5_sign-300x212(Imej dicilok dari sini)

    1. Kata abang ipar aku, di Kelantan, H1N1 disebut H so N so. Tidaklah dapat dipastikan benar atau tidak. Mungkin Pakchik El boleh sahkan?

    2. Tergelak aku melihat Rais Yatim menggelupur meminta virus itu dipanggil selesema babi, nama asalnya yang tidak sanggup disebut beberapa ketika dulu. Nasib baik aku memang dah lama memanggilnya dengan nama itu. Jadi aku tidak termasuk dikalangan yang dimarahi Pak Rais. Hehheh!

    3. Apapun, perkembangan semasa selesema babi ini agak menakutkan. Apa agaknya yang boleh dilakukan di peringkat individu?

    4. Di pihak kerajaan, sudah jelas dan terang akan kegagalan penguatkuasaan dan pencegahan terutamanya di lapangan-lapangan terbang. Cakap-cakap di kalangan rakan-rakan yang baru pulang dari luar negara, mahupun ke Sabah dan Sarawak, mengesahkan perkara ini.

    5. Hanya kepada Allah sahaja tempat berlindung.

    Salam.

    Blog Widget by LinkWithin

    Popularity: 19% [?]

    Entri-entri berkaitan:

    1. Kecek-kecek yang membosankan!
    2. Kecek-kecek: Altantuya dan PAS
    3. ALLAH III
    4. Kecek-kecek seputar PAS dan bai’ah
    5. Kecek-kecek ringkas tentang legenda/hero

    Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

  • Comments: 2 Category: Am, Isu Semasa
  • Tags: ,

2 Responses



Leave a Reply

Tentang Tok Mudin

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com It's Me

Lensa Tok Mudin