- Kerajaan Perpaduan belum mati?
-
Sudahkah kalian membaca tulisan Dr Dzulkifly Ahmad yang dikatakan kontroversi itu? Kalau sudah, tolong terangkan kepada aku, apa yang tidak kena dengan tulisan itu. Bukan apa, aku bingung. Benarkah apa yang ditulis oleh Pak Bakaq, bahawa pencetakan sisipan Fikrah dalam Harakah diarahkan dihentikan walaupun telah dicetak sebanyak 40, 000 naskah hanya kerana terlepasnya artikel itu?
Kalaulah benar, hanya ada dua kemungkinan yang dapat aku fikirkan. Pertama, ada bahaya besar dalam artikel itu, yang tidak dapat aku kesan. Kedua, ada benda yang sangat tidak betul di Harakah dan PAS. Kalian pilihlah sendiri.
Apapun, berkait dengan Kerajaan Perpaduan yang sepatutnya telah pun dikuburkan, pandangan yang sentiasa aku ikut dan rasa senang dengannya ialah tulisan-tulisan oleh Ustaz Zolkharnain Abidin. Berkait dengan isu terbaru debat Pemuda PAS-Pemuda UMNO, aku juga suka untuk bersetuju dengan tulisan beliau. Pemuda PAS dibawah pimpinan ketua barunya perlu lebih bijak berpolitik, jangan sampai terperangkap dengan kelicikan lawan. Aku percaya Us Nasrudin bukanlah terhegeh-hegeh mahukan UMNO. Jauh sama sekali. Hanya mungkin, tindakan-tindakan politik beliau kebelakangan ini dilihat kurang bijak.

Popularity: 25% [?]
Entri-entri berkaitan:
- Kecek-kecek soal mati
- Nik Aziz makan ulam raja tak?
- Alahai PAS…
- Sokong 2Aziz
- Memang salah ibu mengandung, memang salah bapa buat ibu mengandung (2)
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 4 Category: Isu Semasa, Politik



pening m’maing nga sek ustak nih… keno b’bodo kokre sokmo… baso jenih bodo tokleh ajar, credik dok leh nok tupe la nih..
pah ngundi manek ura ni… mesti naik koho sedak cerita yuji nih…
pada aku tiada yang ‘kontroversi’ pada tulisan tu. tang mana yang kontroversinya??
gi repot la!
skang ni macam macam tak taunak percaya pada siapa