• ISA (2)
  • 7097440108_protester_isa_slideshow_71. Jam 2.000 pagi Ahad dan aku masih belum dapat membentuk satu pandangan atau kesimpulan yang koheren terhadap apa yang berlaku petang semalam (Sabtu). Banyak benda yang orang kata tak masuk akal, melainkan akal-akal tidak betul regim zalim UMNO/BN.

    2. Pada satu segi, aku melihat kegagalan pada perancangan pihak penganjur. Modus operandi dan strateginya sama sahaja dengan himpunan yang lepas-lepas. Pergerakan mudah dibaca oleh pihak polis. Semuanya masuk perangkap saja.

    3. Pada satu segi yang lain, aku melihat betapa semakin celakanya polis-polis yang semakin merajalela di Malaysia. Seolah-olah mereka ini jasadnya saja yang masih manusia, jiwanya sudah jadi anjing sejati. Di depan mata sendiri aku menyaksikan seorang pakcik tua yang sudah mengalah mahu bersurai ditembak dengan gas pemedih mata. Lambaian tangan dan kibaran tuala putih tidak dihiraukan. Mereka ghairah menghalakan tembakan gas dan air pemedih mata ke arah manusia-manusia yang membayar gaji mereka. Seolah-olah ini masa untuk mereka berpesta, melepas gian.

    4. Sila tonton video cubaan mereka mencekup Dr. Hatta. Sungguh celaka!

    5. Tergelak aku membaca laporan ini dari blog Rocky’s Bru:

    FRU terpaksa lepas gas pemedih mata ke arah 6,000 penyokong GMI yang enggan bersurai bagi bantah ISA di depan Bank Rakyat, 2.40 petang tadi.

    6.Terpaksa? Haha! Woit, siapa yang memaksa mereka? Tentunya bukan para demonstran. Dan mengatakan kami enggan bersurai adalah silap. Tidak boleh bersurai kerana dikepung dari segenap sudut. Mahu bersurai pun masih ditembak sesuka hati. Tidak kira orang tua, kanak-kanak mahupun wanita.

    7. Lebih celaka, sudah bersurai pun masih ditembak di Masjid Jamek. Orang bukannya tak mahu bersurai, tapi stesen LRT Masjid Jamek dan Bandaraya ditutup pula. Bodoh, bangang apa itu?

    Argh!!!

    Blog Widget by LinkWithin

    Popularity: 3% [?]

    Entri-entri berkaitan:

    1. Memang salah ibu mengandung, memang salah bapa buat ibu mengandung (2)
    2. Alhamdulillah, 5 ISA bebas!
    3. Kecek-kecek Bagan Pinang (2)
    4. Kecek-kecek: Awang Adek
    5. Kecek-kecek soal mati

    Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

  • Comments: 7 Category: Isu Semasa, Politik
  • Tags: , , , ,

7 Responses

  • mar says:

    haishhh… kenapa perlu jd manusia rejim nih?! semcm nazaknya akar2 pemegang baton.

  • Bhai..

    Demo nie kena ader selalu sampai PRU13 .. bukan apa… Orang Malaysia nie mudah lupa… daya ingatan cuma selama 3 bulan jer.. pas tue lupa…

    Gua sedih pasai tak dapat join sama… kalu tidak best gak..

  • davors says:

    i rasa mereka mahu habis-kan semua bekalan tear gas la…
    then baru boleh beli lagi… dapat untung kut~?

  • el says:

    mitok bla tuhang balah la ke pok jjahat tu…
    mapuh gi la kalu pok ye kate ye cume wak khejje… pah takdok khejje laing doh dalang donie nih???

    khejje jadi barua jah ke hok ade??? khejje jadi orang zoling jah ke hok ade???

  • aku dengor berita dalam tivi. aku dah agok dah. mesti ada foul nplay tapi biasala.. itu takkan direpot. pasal kepung tu dalam tivi pun jelas. and pasal tutup lrt stesen tu dalam tivi pun dia ngaku..

    anjing.. mmg anjing!

  • penyampuk (takde) says:

    pelik la, org ramai penat penat kene gas pemedih mate, yg anuar sedap2 naik kete g anta memorendum tu. nape dy x nak join sekali jalan kaki?

    kan ade sebab lrt stesen ditutup…

    objektif perhimpunan ni nak anta memorendum utk mansuhkan ISA kan. ape kate naik kete g anta, n x yah uat pehimpunan. x de la menyusahkan org lain.

    ni semua politik la, UMNO ade politik diorang sendiri, pas pun ade gak, pkr pun ade gak. so nak hairan ape lg. rakyat hanya dipergunakan org atasan aje. so pandai2 lah time mengundi nanti…

  • Saudara penyampuk, kalau nak menyampuk pun biar kena dengan isulah. Aku tak bincang pasal Anwarlah, aku bincang tentang ISA. Itu pun tak gheti beza ke?



Leave a Reply

Tentang Tok Mudin

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com It's Me

Lensa Tok Mudin