- Kecek-kecek tentang bola sepak dan politik
-
Sebagai anak jati Kelantan dan penyokong PAS, ada dua peristiwa penting atau sekurang-kurangnya menarik berlaku hari ini, Sabtu 7 November 2009.
Pertama, perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di Bukit Jalil antara Kelantan menentang Negeri Sembilan. Awal pagi tadi, ketika berkunjung ke Giant Kinrara, terserempak dengan Cikgu Che Wil, jurulatih bola sepak Sains Machang. Ada apa kat sini, cikgu? Tanyaku. Tengok bola ah, jawabnya selamba. Ah, menyesal aku bertanya. I should have known better! Hantu bola, selamanyalah hantu bola!
Kedua, Seminar Khas PAS di Taman Melewar. Dan kebetulan, TG Haji Hadi telah memperumpamakan pemimpin PAS seperti pemain bola sepak.
“Pemimpin PAS ibarat pemain bola dan kita perlu berjiwa besar dalam menghadapi masalah.Walaupun ada teguran yang keras…suruh pecat kapten, buang pengurus dan pemain, tapi kita belum habis separuh masa pertama…kita pemain profesional, bukannya pemain kampung,”
Tulisan ini akan bertolak dari kenyataan tersebut.
Pertamanya, bagiku perbandingan itu kurang tepat. Apabila Prof Aziz Bari, seorang ahli akademik mengulas tentang politik, ada orang marah kata beliau tidak layak. Kalau aku kata TG Haji Hadi tidak layak bercakap tentang bola sepak kerana beliau bukan pemain bola (atau tiada tauliah mengikut mazhab JAIS), ada orang nak marah tak?
Baik, aku petik kata-kata orang yang layak bercakap tentang bola sepak. Arsene Wenger, pengurus Arsenal, selepas kemenangan pasukannya menentang Tottenham Hotspurs minggu lalu berkata seperti berikut:
Football is not about opinion, it is about performance. (Bola sepak bukan tentang pandangan, tapi prestasi.)
Benar. Kalau bola sepak adalah tentang persepsi, sudah tentu yang menang pada Piala Malaysia sebentar tadi adalah pasukan Kelantan. Apa tidaknya, kunjungan sepintas lalu tengahari tadi menyaksikan Bukit Jalil hanya berwarna merah. Tiada yang lain. Persepsinya, sudah pasti Kelantan kuat, Kelantan yang akan menang.
Kalau bola adalah tentang pandangan, sudah tentu Arsenal tidak berada di kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris setakat ini. Sudah tentu Liverpool, Manchester City dan Totenham Hotspurs sudah jauh meninggalkan Arsenal.
Sebaliknya, bola sepak adalah tentang prestasi. Persembahan sebelas pemain di atas padang, jumlah gol yang mereka jaringkan dan dibolosi oleh lawan akan menentukan keputusannya. Tidak lebih dari itu. Tidak kiralah berapa ramai yang kata Kelantan akan menang, berapa ramai sokong Kelantan, tapi kalau sebelas pemain tidak beraksi cemerlang, kalahlah jawabnya. Orang ramai yang menonton, mengulas dan menyokong tidak dapat menentukan keputusan perlawanan.
Berbeza dengan politik. Politik adalah sangat bergantung kepada persepsi. Dan PAS adalah pasukan politik. Bukan pasukan bola sepak.
Dalam konteks perbandingan TG Hj Hadi di atas, siapakah agaknya pemain politik profesional dan siapakah agaknya pemain politik kampung? Di mana garis pemisahan. Adakah hanya yang berjawatan tinggi itu yang profesional? Bagaimana dengan pekerja akar umbi? Mereka semua kampungan? Tidak tahu apa-apa? Pandangan mereka tidak perlu, tidak relevan?
Hakikatnya, kuasa politik tidak ditentukan oleh pimpinan atasan sahaja. Sebaliknya, rakyatlah yang akan menentukan semasa pilihanraya, pasukan mana yang akan menang. Berbanding bola sepak yang ditentukan oleh sebelas pemain, politik ditentukan oleh jutaan pengundi.
Itulah yang membezakan bola sepak dan politik. Itulah bezanya pasukan bola sepak Kelantan dan parti politik PAS. PAS berdiri, kalah dan menang, atas persepsi dan pilihan pengundi. Kelantan menang dan kalah atas persembahan sebelas pemain.
Maka, aku menolak perbandingan oleh TG Haji Hadi di atas. Jangan terus-terusan memperlekeh-lekehkan pandangan orang ramai kalau PAS mahu terus kekal relevan.
Wallahua’lam.

Popularity: 1% [?]
Entri-entri berkaitan:
- Kecek-kecek tentang persepsi
- Kecek-kecek ringkas tentang legenda/hero
- Kecek-kecek Muktamar Khas PAS
- Kecek-kecek: Awang Adek
- Kecek-kecek seputar PAS dan bai’ah
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 12 Category: Am, Isu Semasa




Kalau nak diumpamakan boleh juga.
Dalam bolasepak profesional, kalau pasukan kalah, dan orang cakap itu ini kena tukar, ianya adalah perkara biasa.
Mendalam betul komen Cik HAsbullah kita. Aku rasa semua orang politik dapat tangkap maksudnya.
Kalau diaorang tak faham juga mesej yang ingin di sampaikan, tak tahulah apa nak cakap.
Hasbullah, Rohaizad, betul, betul,betul. Aku setuju! Kalau profesional, ambillah kritikan secara profesional.
ek eleh kalah banyak bunyik plak..xpuas2 lg baling bom kt stadium?dasar kelantan
ekeleh, baca betul-betul dan faham dulu persoalan kalau nak komen. kalau tak faham, baik tak payah komen.
boh… analoji politik supo bola… kehkhekhe.. pade doh ore kato dio nih doloh badawi dale pah…. ekekekekek….
haf taim korok kering… eh haf taing… banyok la… ni sindrom pasir jreluh la nih… koya banyok… dok kaba duk tgele sikit-sikit… pah de sakak pingge mula la nok lopak-lopak mace kero… meme koho dale la la tgele…
Bhai…
Persal orang Perak gak yang selamatkan maruah Kelantan aaa…. hahaha…. Inderaputera tue kan ker player Perak yang dibeli…
Hahahaha… jangan jeles aaa… Walau apa pun… Perak gak yang menang dalam Piala Malaysia…. 11 jaringan tue… hahahaha
Pakchik, haha, aku suko analoji mung!
C++, aku tak kesah menang ke kalah bhai, bola tu tak penting. Yang PAS tu yang aku kesahnya… masih tak mahu sedar jugak tu!
Gua pon tulis kias tue… hahahaha… baca jangan tak baca…
Eh takkan kerana persepsi yg bertitik tolak di Bagan Pinang terus nak terus pecat kapten PAS tu… kapten PKR yang janji 16 sept yg tak tertunai xda sapa2 pun komen utk pecat dia pun.. tu tanda kapten PAS hebat… eh ni bukan bermaksud fanatik dgn kapten PAS… ni umpama signal bahawa kapten PAS ni hebat dan perlu improve lagi performance dia… bg la peluang kat dia skit… bagi habis masa sampai muktamar skali lagi pun kira ok… orang dok luar padang mana dapat rasa keletihan pemain yang bermain diatas padang… pengkritik diluar kadang2 hanya pantas berkomentar , namun tak rasa perit keletihan diatas padang… apapun kritikan tetap diraikan… dan belum pasti pandangan itu betul. x mustahil juga pandangan itu benar.
Shaker,
1. Siapa kata persepsi itu hanya bermula selepas Bagan Pinang?
2. Berkali-kali aku baca tulisan aku di atas, tak adapun tulis tentang nak pecat kapten?
Betul kata TGHH dalam padang kena bentes,siku dan sebagainya. Dlm politik pun kena fitnah,maki dan sebagainya. bola kena masuk dalam gol..tapi politik Islam mati tujuan bawa ke mati. Pengadil itu adalah undang-undang.
Politik bukan persepsi semata2 tapi kata TGHH
“Kami rela kalah kerana melaksanakan Islam, Kita rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah, apalah ertinya sebuah pemerintahan tanpa keredhaan Allah”
Jadi Aziz Bari serupa penonton bola.