Latest Blog Posts
- Hujan kalam Tuhan
lebat hujan
adalah kalam Tuhan
dan rintik airnya
adalah mutiara ingatan
teman sepanjang jalan
tak beringat, terbabas
tak bertuhan, sesat
maka rangkullah dingin hujan
berselimutkan rahmat Tuhan.
- mudin001-
22 November 2009
(terkandas di Ulu Kelantan, dalam rahmat Tuhan.)- Comments: No Category: Puisi
- Hujan
Aku di Kelantan. Sampai di kampungku kira-kira jam 9 malam semalam. Hujan rintik-rintik sepanjang perjalanan pulang bermula dari Taman Melawati lagi. Rintik hujan bertukar menjadi lebat selepas melepasi Gua Musang. Dengar khabarnya, jalan Gua Musang-Kuala Krai sudah ditenggelami air di beberapa tempat.
Rancangannya, aku hanya pulang menghantar Ummu Adam dan anak-anak pulang bercuti. Aku pula akan [...]- Comments: 3 Category: Am


