• Hujan
  • rain-on-table-480

    Aku di Kelantan. Sampai di kampungku kira-kira jam 9 malam semalam. Hujan rintik-rintik sepanjang perjalanan pulang bermula dari Taman Melawati lagi. Rintik hujan bertukar menjadi lebat selepas melepasi Gua Musang. Dengar khabarnya, jalan Gua Musang-Kuala Krai sudah ditenggelami air di beberapa tempat.

    Rancangannya, aku hanya pulang menghantar Ummu Adam dan anak-anak pulang bercuti. Aku pula akan terus ke Seberang Jaya, Pulau Pinang malam ini. Itupun bergantung kepada keadaan jalan dari kampungku ke Jeli, sama ada boleh dilalui atau tidak. Jika tidak, ia akan menjadi alasan kukuh untuk mengambil cuti!

    :)

    Blog Widget by LinkWithin

    Popularity: 1% [?]

    Entri-entri berkaitan:

    1. Hujan kalam Tuhan
    2. Cerita bom Puncak Jalil dari orang yang mengalaminya

    Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

  • Comments: 3 Category: Am
  • Tags: , ,

3 Responses



Leave a Reply

Tentang Tok Mudin

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com It's Me

Lensa Tok Mudin