- Suara Baru guna gambar buku Tok Mudin tanpa kebenaran
-
Baik, pertamanya aku ingin bertanya, masih hidupkah majalah Suara Baru? Satu-satunya naskhah majalah tersebut yang aku beli adalah edisi November 2008. Itupun, tidak kubaca dari helai ke helai, hanya membelek secara rawak.
Alangkah terkejutnya aku, apabila membelek sekali lagi majalah itu malam ini, terpandang satu gambar yang sangat familiar di muka surat 67 yang membicarakan tentang sastera Malaysia. Rupanya gambar hiasan dengan caption “Antara rujukan sastera tanahair.” adalah gambar buku-buku aku yang pertama kali dinaikkan di blog lama aku, di sini.
Rasa nak marah ada, nak tergelak pun ada. Nak marah kerana gambar diambil tanpa kebenaran, malah kredit pun tidak diberikan. Nak tergelak kerana koleksi kecil buku-buku Tok Mudin, dinobatkan sebagai ‘antara rujukan sastera tanahair’.
Rasa nak tergelak aku lebih kuat dari rasa nak marah sebenarnya, hahahahahahaha!

Popularity: 1% [?]
Entri-entri berkaitan:
- Buku baru dari The Book Depository!
- Gambar hari ini: Woa!!!
- Buku: 29 untuk 2009
- Tak sempat nak ke pesta buku…
- Beberapa pautan tentang buku
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 9 Category: Buku, Foto





tok mudim ni sasterawan negara ke?
awat x habaq awal2 noo
khijo’e mmalah la tuh… ngok ngek sungguh…
‘antara rujukan sastera tanahair’?
hahaha..
siapa penulisnya? sah2 peminat tegar tok mudin. sampaikan buku2 tok mudin dinobatkkan sebagai ‘antara rujukan sastera tanahair’. hehehhee
boleh simpan tu .. tunjuk kat anak cucu. heheheh
Pergh…. lu rupanyer sasterawan negara yer… hahahaha…. tak sangka gua… hahahaha…
Lu patut dapat kredit la… hehehe
Alien13, laa… hang tak tau ke?
Pakchik, itulah pasal, kerja nak senang saja… main tangkap muat. Kalau kat blog, aku boleh terimalah. Ini majalah yang dijual, dapat duit, dibayar untuk buat kerja, buatlah betul-betul.
Aid, haha!
Izinni, lupa pula nak periksa nama penulisnya, nanti kat rumah check balik.
C++, haha… kalau mintak bayaran, berapa boleh dapat?
hahhaha, tp hok kelakar nya mu pung br tgk selepas setahun telah berlalu… kalau nok mtk bayaran pun, dah lama dah bayaran penulis tu habis
tahniah diatas pengiktirafan:)
dude! samanla 2ribu boleh bagi aku seribu buat belanja di pesta buku ha ha
Fuh!! Sib baik Mudin tak kata nak saman.. kalo tak satu lagi episod menyaman kat Malaysia neh. Hahahahahaa…. kira diorang tu follow blog hang la tuh. Cuma malas nak wat keje jer…