- Alahai PAS…
-
1. Kenapalah rajin sangat menyedekahkan peluru kepada musuh? Tak habis-habis! Daripada tak ada isu, jadi ada isu. Daripada tak ada benda nak kena jawab, sekarang terbelit-belit lidah jadinya.
2. Walau siapapun, perihal mahu berbincang/muzakarah dengan UMNO ini sebenarnya tidak perlu ditimbulkan oleh mana-mana pemimpin PAS. Buang masa saja. PAS sepatutnya LUDAH saja niat itu awal-awal. Jangan sampai PAS pula diludah-ludah nanti.
3. Benar, kalau difahami betul-betul apa yang TG Nik Aziz katakan, sebenarnya tiada isu muzakarah/kerjasama atau kerajaan perpaduan ditimbulkan. Tapi biasalah, media Malaysia, memang kerja mereka. Jangan pula disalahkan mereka, salahkanlah diri sendiri yang suka menyuap musuh yang kelaparan.
4. Yang peliknya (sebenarnya tak pelik pun), YB Zul (alahai…) pun turut sama jadi bodoh. Kenyataan TG Nik Aziz yang mana pula kata sedia bekerjasama dengan UMNO? Soalan Tok Guru, secara ringkasnya adalah ‘Mengapa UMNO tolak Islam (dan PAS)?’. Ada perkataan kerjasama di situ?
5. Berjoget-jogetlah Khir Toyo bak disuap tempe, gamaknya! Itulah, gedik sangat!
6. Akhir sekali, aku setuju dengan dua tulisan ini, sini dan di sini. Cukuplah, penat dah!
Wassalam.

Popularity: 1% [?]
Entri-entri berkaitan:
- Kecek-kecek: Altantuya dan PAS
- Alahai PAS… (2)
- Alahai Tok Pa…
- Kecek-kecek ringkas seputar PAS
- Kecek-kecek seputar PAS dan bai’ah
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 2 Category: Isu Semasa, Politik




banyak sangat virus. naik berkahak lendir semua.
penat!
Bhai… susah kalu banyak sangat mangkuk tingkat…