Author Archive

Kuali mengata belanga hitam - Malaysiakini

November 13, 2008 by mudin001 2 Comments

Tiada situasi yang lebih benar untuk menjelaskan peribahasa di atas daripada apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini ini: Nazri tells Dr M: Don’t be ‘celupar’

Hahaha!

Lawak apa lagi yang cuba dibuat Nazri. Seingat aku, tiada yang lebih celupar dari Nazri dalam kerajaan Barisan Nasional. Lupakan si Bung Kinabatangan, dia dari spesis yang berbeza, walaupun bermazhab sama dengan Nazri, dan juga Mahathir. Cuma kebelakangan ini, kulihat Jamaluddin Jarjis seperti beruk kena belacan, terloncat-loncat di Parlimen. Entah apa yang mahu direbut aku tidak tahu.

Ah! Lupakan aja pasal mereka. Sekadar jadi bahan lawak boleh, tapi jangan sampai obses.

Kembali baca buku, babai!

Putus

November 11, 2008 by mudin001 4 Comments

Aku keputusan idea untuk menulis. Siangnya sibuk sedikit minggu ini. Malamnya pula penat.

Mungkin aku perlu menjarakkan diri sedikit dari komputer ini. Dari internet dan blog. Bukan mungkin, memang perlu. Bolehlah aku mendekati semula buku-buku yang masih banyak tidak terbaca.

Buku-buku di belakang Adam itu masih banyak yang belum disentuh.

Buku-buku di belakang Adam itu masih banyak yang belum disentuh.

Menyebut tentang buku, setujukah kalian dengan kata-kata Jacquelin Kennedy ini?

There are many little ways to enlarge your child’s world. Love of books is the best of all.

Barack Obama (3) dan Bersih 1011

November 9, 2008 by mudin001 No Comments

1. Barack Obama

Terus mengikuti dan membaca berita-berita dan komentar-komentar setelah kemenangan bersejarah Obama, ada kerisauan baru yang muncul, menutup sedikit demi sedikit pintu harapan yang sebelumnya dibuka luas-luas. Apatah pula, dengan bisik-bisik bernada tidak enak terhadap Iran. Cakaplah apapun terhadap Iran yang Syiah, aku menganggap Iran adalah benteng terakhir umat Islam pada masa kini.

Kerisauan yang dimaksudkan adalah Obama akan menjadi lebih zionis dari zionis.

2. Bersih 1011

Aku memakai t-shirt Bersih hari ini, tanpa menyedari esok genaplah setahun peristiwa bersejarah itu. Aku kekal meyakini bahawa perhimpunan Bersih setahun yang lalu adalah faktor utama kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihanraya Mac lalu. Iya, perhimpunan itu mungkin tidak berjaya menjadikan tuntutan-tuntutannya dipenuhi oleh SPR yang terpaksa akur kepada tuannya UMNO/BN. Tapi perhimpunan itu mempunyai kesan yang lebih besar terhadap menyatukan rakyat marhaen menentang kezaliman dan penyalahgunaan kuasa regim UMNO/BN. Setahun berlalu, aku masih tetap berbangga dengan disiplin dan profesionalisme PAS (khususnya Unit Amal) dalam menjayakan perhimpunan tersebut. Dua catatan aku sejurus selepas berlangsungnya perhimpuan Bersih tahun lalu boleh di baca di sini dan sini.