Latest Blog Posts
- Salam Aidilfitri 1431H
Ramadhan kita adalah ibadah. Syawal juga adalah ibadah.
Jangan cemari Aidilfitri dengan maksiat.
Selamat balik kampung.
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.- Comments: 1 Category: Am
- Merdeka!
Esok, 31 Ogos, tentunya ramai akan meraikan Hari Kemerdekaan buat negara ini. Sama ada mereka memahami secara benar erti merdeka atau benar mereka itu merdeka, itu perkara kedua.
Aku pula, akan menyambut merdeka dalam pengertian yang lain. Pengertian yang lebih dekat dengan jiwa pada waktu ini. Merdeka daripada satu ikatan yang tak diingini tapi perlu untuk [...]- Comments: No Category: Am
- Terima kasih BN
Ini suara marhaen. Cuba teka di mana, dan kenapa?
- Comments: 3 Category: Am, Politik
- Jeritan batin
Harga minyak dan gula naik beberapa hari… rakyat marah.
Timbul cerita perpaduan.
Rakyat lupa tentang minyak, tentang gula.
Ah, bosan!- Comments: 3 Category: Am
- Pautan pilihan 19/07/10
Susah betul nak cari kesempatan untuk kemaskini blog sekarang. Tengoklah dah berapa lama blog ini sepi, kan? Dan bila ada kesempatan pula, jadi tak tahu apa yang nak dikecekkan. Mudahnya, aku kongsikan saja pautan ini: Apabila pemimpin tidak membaca.
Moga bermanfaat. Wassalam.- Comments: 1 Category: Am, Budaya Membaca
- Pautan pilihan 28/06/10
Memandangkan masa untuk blogging yang amat terhad sejak kebelakangan ini, aku sekadar mahu berkongsi dua pautan ini:
1. Ada masalah dengan orang? – 9 Ways To Manage People Who Bother You
2. Anda workaholic? Pautan ini untuk anda – Another great comment
Salam. Jumpa lagi.- Comments: No Category: Am, Pengurusan Hidup
- 2010 dan lain-lain pautan
Aku tidak setuju ia disebut mimpi. Lebih tepat rasanya, ia adalah azam kami. Kalian rasa kalian adalah salah seorang yang bakal membantu kami merealisasikan azam 2010 ini? Sertai kami di GR-MY.
Pautan-pautan lain ingin dikongsi:
1. Kepada yang sedang aktif menghadiri temuduga (akulah tu!): How to Shine in a Job Interview
2. Sajak-sajak Charles Bukowski II
Jumpa lagi. [...]- Comments: 5 Category: Am, Budaya Membaca, Buku
- ayuh, kemanusiaan!
(Gambar dicilok dari sini.)
kemanusiaan tak pernah tewas
walau Mavi Marmara tinggal bangkai
walau Rachel Corrie dilenyek bak bangkai
Gazajaya – dikepung syaitan
kemanusiaan tetap hidup
merdeka
kemanusiaan akan mati
bila manusia tiada agama
dan pemerintah hilang punca
Putrajaya – dikuasai rakan syaitan
kemanusiaan hampir mati
lemas
ayuh ke Putrajaya
kita mulakan bantuan
kemanusiaan di sana.- mudin001 -
6 Jun 2010
Seberang Jaya.var linkwithin_site_id = 38058;
[...]- Comments: 1 Category: Am, Isu Semasa, Puisi


