November 6, 2008 by
mudin001
1. Barack Obama masih menjadi berita dan cerita. Di mana-mana. Media arus perdana mahupun blog-blog. Rata-rata, semua bercakap tentang beliau Presiden Amerika Syarikat pertama berkulit hitam. Rata-rata bercakap tentang harapan dan perubahan.
2. TG Nik Aziz juga tidak ketinggalan untuk berbicara tentang Obama.
Katanya, dengan kemenangan mudah Obama menewaskan John McCain dari Parti Republican itu diharap dapat mengubah persepsi masyarakat antarabangsa mengenai Islam melalui dasar pemerintahan yang lebih baik.
Tambahnya, diharap Islam akan diterima satu hari nanti oleh masyarakat antarabangsa dan bukannya hanya membenci dan menyamakan Islam dengan keganasan.
3. Sekurang-kurangnya ada dua harapan Tok Guru dalam petikan di atas. Tidak salah untuk mengharap bukan? Kata Tok Guru lagi, kekalahan McCain adalah kerana berkawan dengan si jahat Bush.
“Kalau kawan dia jahat, awal-awal lagi orang ini pun ada minat jahat, McCain tak bernasib baik berkawan dengan Geoge W Bush yang minum darah manusia di Iraq, Afganistan. Di akhirat dia akan bertanggungjawab,” katanya.
4. Sekarang kita lihat siapa ‘kawan’ Obama yang telah ditawarkan jawatan Chief of Staff Rumah Putih, Rahm Emanuel. Anak kepada ahli kumpulan Irgun, sebuah militan Zionis yang ideologinya ialah:
“every Jew had the right to enter Palestine; only active retaliation would deter the Arabs and the British; only Jewish armed force would ensure the Jewish state”.
Dan Rahm Emanuel sendiri mengakui:
“I am proud of my heritage and treasure the values it has taught me.”
5. Jadi soalannya sekarang, bolehkah Obama dan ‘kawan’nya Rahm Emanuel diharap? Mari kita baca yang ini pula: Why Muslims Will Regret Voting for Obama
7. Erm… harapan dan perubahan. Adakah aku seorang pesimis?
Sebagai rekod, antara tulisan-tulisan lain di blogosfera berkaitan Obama:
Tags: Barack Obama, Islam, John McCain, Nik Aziz, Rahm Emanuel, US
Category
Am, Islam, Politik
November 5, 2008 by
mudin001

“Yes, we can”, kata Presiden US yang ke-44 itu.
Meremang bulu roma mendengar ucapannya. Bukan seram. Mungkin teruja.
Tapi soalan yang belum terjawab, apakah harapan kita terhadap Obama? Atau mungkin lebih tepat, adakah Obama boleh diharap? Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.
Sekurang-kurangnya Amerika berani berubah. Kita?
Tags: Barack Obama, US
Category
Am, Isu Semasa, Politik
October 4, 2008 by
mudin001
Salam Syawal.
Catatan aku kali ini akan mengikut gaya snippets (apakah jadahnya snippets itu?) Che Det. Maksud aku perenggan bernombornya, bukan repekkannya.
1. Terima kasih kepada semua ucapan raya SMS yang dihantarkan kepadaku dan tidak berbalas. Bukan apa, Najib suruh berjimat-cermat, malas aku nak habiskan duit hantar SMS. Hehheh!
2. Raya kali ini tidak mengikut rancangan asal. Sepatutnya 1 Syawal kami sambut di rumah keluarga Ummu Adam, tapi ditukar ke kampung aku untuk meraikan semua adik-beradik yang balik beraya tahun ini. Lengkap satu keluarga besar berkumpul. Alhamdulillah.
3. Kereta aku di’sekeh’ oleh jiran sebelah dengan Iswaranya ketika isi rumah kami semuanya telah tidur lena. Kemek pintu belakang sebelah kanan. Sekarang kereta berehat di bengkel.
4. Tahun lepas aku kempunan untuk makan nasi dagang. Tahun ini sampai muak. Semalam, bermula dengan santapan dua pinggan nasi dagang sebagai sarapan (sempena majlis bercukur anak saudara baru). Kemudiannya beraya di rumah adik-beradik (Pak Su dan Mak Uda) ibu mertua aku, dihidangkan dengan nasi dagang dan sate di kedua-dua buah rumah. Maka sarapan, makan tengahari dan makan malamku semalam adalah bermenukan nasi dagang.
5. Aku takjub dengan kemampuan bangsa kita (termasuk aku) makan atau mungkin lebih tepat, melantak. Pada musim perayaan, dengan jemputan kenduri dan rumah terbuka yang bertindan-tindan, kita masih mampu hadir ke tiga, empat mahupun lima serumah sehari dan menghabiskan sekurang-kurangnya sepinggan nasi di seteiap rumah (kononnya sebagai menghormati tuan rumah).
6. Seminggu tidak mengemaskini blog, pasti banyak perkembangan semasa yang aku tidak sempat kecekkan di sini. Dan sememangnya aku tidak berminat untuk menyemakkan blogosfera dengan pandangan dua sen aku pada entri kali ini. Entri selepas ini, mungkin.
Sehingga berjumpa lagi, wassalam.
Category
Am