Archive for the ‘ Am ’ Category
Kecek-kecek sebelum cuti raya
1. Dua hari kebelakangan ini, jalan sudah sesak dari lampu isyarat pertama keluar dari taman perumahan tempat tinggal kami ini. Mungkin dengan turunnya harga minyak, ramai yang menyimpan kembali motorsikal mereka dan mula memanaskan enjin kereta masing-masing.
2. Kalau berminat, sila baca: Anwar Ibrahim, PAS dan Politik Melayu
3. Baca juga: Rakan-Rakan, Dr. Farish Dan Dr Mahathir. Kalau rasa malas nak membaca, mungkin kata-kata ini elok untuk anda.
Membaca itu pintu pengetahuan alam. Ketuklah ia.
4. Selamat menyambut Aidil Adha dari kami sekeluarga. Selamat menjalankan ibadah qurban. Kepada yang akan balik kampung, seperti biasa, hati-hati! Tambahan pula di musim hujan ini. Yang bercuti panjang (seperti kami), selamat bercuti.

Kami berempat di pagi Aidilfitri yang lalu.
Malaysia selamat - Malaysiakini
Malaysia selamat. Aman dan damai. Mungkin itulah persepsi Altantuya apabila datang ke Malaysia, atas apa tujuan pun. Dan apa yang berlaku kepada beliau, bak kata orang, telah menjadi sejarah. Walaupun masih banyak sisi kabur dalam kisah itu. Yang jelas, Altantuya tidak selamat di Malaysia. Nurin juga tidak selamat. Malah kedai runcit Abah di Kg Bukit Jering, Jeli, Kelantan juga tidak sentiasa selamat.
Najib, ia bukan tentang persepsi. Tapi realiti.
Untuk konteks, sila baca Malaysiakini.

















Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com