Archive for the ‘ Blog ’ Category

Mac: Blog, Adam & Alya

April 3, 2008 by mudin001 11 Comments

Dah masuk hari ketiga bulan April 2008. Masa untuk melihat kembali apa yang berlaku sebulan lalu di blog ini. Ya, seiring dengan tsunami politik yang berlaku di Malaysia pada tanggal 8 Mac yang lalu, maka kebanyakan entri-entri di blog juga banyak berputar dalam isu yang sama. Entri popular sepanjang bulan lalu ialah:

Sedikit cerita tentang Adam dan Alya, buah hati kesayangan kami. Kepada pakcik makcik yang berminat melihat aksi terbaru mereka (sepanjang Mac ‘08), boleh klik pada gambar di bawah.

Antara aksi yang aku suka:


Hrm… dalam troli pun boleh tidur. Kesian Adam, Umminya… kalau shopping no. 1.


Adam beraksi di samping karakter favouritenya.

Selain Marney (Barney, entah macam manalah B boleh jadi M), karakter-karakter lain yang Adam kenal ialah:

  • Mon (Doraemon)
  • Tabitabi (Teletubbies)
  • Ataman (Ultraman)
  • Bob-pan (Spongebob Squarepants)

Apa lagi ya Ummu Adam?

Oh… Adam juga kenal bendera-bendera dan logo berikut:

  • Eka (Merdeka, bendera Malaysia)
  • passs (PAS)
  • eee-en (BN)
  • lan (Keadilan)
  • ee-ko (Tesco)

Jawapan kepada soalan-soalan:

  • Baba kerja mana? - Huavei (Huawei)
  • Ummi kerja mana? - iiii-tis (iPerintis)

Banyak lagilah. Ummu Adam nak tambah? Cerita Adam saja ni…cerita Alya? Alya baru nak masuk tiga bulan, masih belum banyak aksi. Yang jelas, sangat kontra dengan abangnya dulu pada usia yang sama.

Aku kembali!!!

March 26, 2008 by mudin001 11 Comments

Fuh!!! 5 hari tanpa Internet sungguh menyeksakan.

Kecek-kecek akan kembali seperti biasa selepas ini. Keep coming, ok? :)

Februari, petisyen dan sajak

March 3, 2008 by mudin001 2 Comments

1. Sekitar bulan lalu, tidak mengejutkan kebanyakan entri-entri di blog ini adalah kecek-kecek seputar isu politik dan pilihanraya. Lima tulisan di KKTM 3.0 yang paling mendapat sambutan untuk bulan lalu ialah:

2. Jika kalian bersetuju bahawa Rashid SPR mengancam keselamatan negara, sila aminkan petisyen ini.

3. Dari Puisi Abah: SEPOHON BUNUT DITANAH KUBURAN

Selamat mengundi, jumpa lagi. (Feed blog di sini.)