March 3, 2008 by
mudin001
1. Sekitar bulan lalu, tidak mengejutkan kebanyakan entri-entri di blog ini adalah kecek-kecek seputar isu politik dan pilihanraya. Lima tulisan di KKTM 3.0 yang paling mendapat sambutan untuk bulan lalu ialah:
2. Jika kalian bersetuju bahawa Rashid SPR mengancam keselamatan negara, sila aminkan petisyen ini.
3. Dari Puisi Abah: SEPOHON BUNUT DITANAH KUBURAN
Selamat mengundi, jumpa lagi. (Feed blog di sini.)
Tags: pilihan raya, sajak, SPR
Category
Blog, Politik, Puisi
February 1, 2008 by
mudin001
Sejak blog ini mula menggunakan tema ini pada 30 Disember tahun lalu, aku mendapat banyak aduan daripada pengunjung-pengunjung yang tidak dapat membaca dan menulis komen. Aku dapati mereka ini adalah dikalangan yang menggunakan pelayar Internet Explorer. Adakah anda juga begitu? Untuk mengatasi masalah ini, ada tiga cara yang boleh dilakukan, dua untuk aku, dan satu untuk kalian:
- Aku perlu kenalpasti apa masalahnya dan cuba membetulkannya. Aku telah pun menghubungi pereka tema ini, Sdr. Nurudin Jauhari untuk membantu. Sedang menunggu maklum balas.
- Tukar ke tema yang lain. Masalahnya aku suka tema ini. Dan aku belum jumpa lagi tema-tema lain yang aku berkenan. Ada sesiapa pengguna Wordpress yang mahu cadangkan tema yang menarik dan sesuai untuk blog ini?
- Ini yang paling mudah! Kalian yang masih menggunakan IE tu… bertukarlah ke Firefox. Boleh muatturun dari sini.
Dah masuk bulan Februari pun… dibawah adalah entri paling banyak pengunjung di KKTM 3.0 pada bulan lalu:
Sila lihat arkib untuk entri-entri terdahulu, dan jangan lupa untuk subscribe ke feed blog ini.
Tags: Blog, firefox, IE, wordpress theme
Category
Blog
December 30, 2007 by
mudin001
Tidak sampai 48 jam lagi, kita semua akan melangkah ke tahun baru 2008. Bagi aku tidak ada apa-apa yang signifikan sangat dengan perubahan tahun itu. Hari-hari berlalu seperti biasa. Kami masih lagi menanti kelahiran anak kedua kami, nampaknya anak tahun barulah nanti, haha!
Sempena tahun baru yang bakal menjelma ini, seperti yang kalian boleh lihat, aku telah menukar tema blog ini. Walaupun bukan hijau seperti yang diminta oleh Adikyah. Aku perlukan pendapat kalian tentang tema ini. Adakah kalian suka atau tidak? Yang mana lebih baik, tema ini atau yang sebelum ini? Kalau kalian menemui apa-apa kepincangan dengan tema ini, sila maklumkan juga kepada aku. Terima kasih.
Akhir sekali, selamat tahun baru 2008 daripada kami sekeluarga; Abu Adam, Ummu Adam, Adam Naqiuddin & bayi yang bakal lahir.
Category
Blog