Kecek-kecek Pesta Buku
Okay. Tidak sah blog ini kalau tidak kecek-kecek tentang pesta buku. Aku ke sana pagi Ahad (6 April 2008), hari ulangtahun kelahiran Ummu Adam yang ke-27. Perancangan asalnya memang mahu ke sana bersama keluarga, tapi setelah difikirkan beberapa kali, dibatalkan hasrat itu. Agak keberatan untuk membawa Alya yang baru berumur 3 bulan bersesak-sesak. Tambahan pula Adam sekarang pada usia yang sukar dikawal tingkahnya.
Tahun lalu, aku ke sana bersama King Binjai. Dan ketika berpisah kala itu, kami berjanji akan berjumpa lagi tahun ini di pesta buku, dengan bajet RM1000 seorang. Tahun ini tanpa dirancang, kami masih berdua. Baru 10 minit aku bertolak dari rumah, beliau menelefonku bertanya aku di mana. Mengetahui aku sedang dalam perjalanan ke pesta buku, beliau juga bergegas ke sana. Maka dua tahun berturut-turut aku bersama King Binjai ke pesta buku, walaupun tanpa RM1000 yang dijanjikan.
Dipendekkan cerita, kami buatlah apa yang orang buat di pesta buku. Tak perlulah nak cerita panjang-panjang kan? Apa yang kalian mahu tahu?
Siapa yang aku jumpa? Oh… aku jumpa Faisal Tehrani. Dan terus menyambar dua buah novelnya yang belum ada dalam koleksiku untuk ditandatangani. Sempat bergambar dengannya dan bertanyakan khabar Cik Musalmah Lebar. Tapi itu sajalah, peminat-peminatnya beratur untuk mendapatkan tandatangan. Beliau tidak ada masa nak layan aku. Haha! Tapi jangan salah faham, beliau ramah orangnya.
Dan King Binjai memperkenalkan aku kepada kawannya, saudara Fadli Akiti, tuan punya blog Kubu Buku yang tidak asing bagi aku. Buku terbarunya Saga Horizon turut dijual di pesta buku kali ini. Walaupun tidak pernah membaca karyanya, aku beli sebiji dan ditandatangani olehnya. Terima kasih, bro.
Lagi? Kami pusing-pusing, seberang sungai. Kelihatan juga kelibat penulis-penulis selebriti, Pak Samad misalnya di gerai Wira Bukit. Pak Latip Talib juga kelihatan. Jumpa beberapa kawan.
Itulah. Apa lagi? Oh ya… buku apa yang dibeli?
- Saga Horizon, Fadli al-Akiti
- Ingin Sebebas Burung: Antologi Dwibahasa Cerpen Malaysia & Jerman, Holger Warnk & Volker Wolf
- Ancaman Islam: Mitos atau Realiti?, John L. Esposito
- 13 Mei Sebelum dan Selepas, Tunku Abdul Rahman
- Tawassul, Isa Kamari
- Karbala, Faisal Tehrani
- Bedar Sukma Bisu, Faisal Tehrani
- Unplugged 2, Nik Abdul Aziz Nik Mat
- P.S. I Love You, Cecelia Ahern (untuk Ummu Adam)
- Aku Terima Nikahnya, Hasrizal Abdul Jamil (2 naskah; satu untuk aku, satu untuk Kamal)
- Beberapa buku kecil untuk Adam.
- Milenia Muslim edisi April 2008.

Ditambah lagi dengan dua buah buku kiriman Sis 
Dan buku ketiga ialah I am Muslim oleh Dina Zaman. Buku ini, hrmm… malaslah nak komen.












Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com