Archive for the ‘ Budaya Membaca ’ Category

Bagaimana mahu membaca lebih banyak buku?

January 12, 2008 by mudin001 9 Comments

Kami sekeluarga selamat sampai di Kelantan pada hari Awal Muharram tempoh hari. Aku akan kembali ke Shah Alam pada Isnin nanti dan mula bekerja pada hari Selasa. Ummu Adam, Adam dan Alya akan aku tinggalkan di kampung kurang lebih selama sebulan. Membujanglah aku sekejap. Huhu!

Hari ini aku cuma ingin berkongsi satu tulisan dari lifehack.org tentang bagaimana untuk lebih banyak membaca tahun ini.

How to Read More Books This Year

Here are a few tips for boosting the amount of books you can read:

  1. Speed Read. Speed reading has been attacked by all sorts of people for being fake, compromising understanding or based on junk-science. I think this is based on the misconception that speed-reading is all about a magical technique that allows you to blur through pages, rather than plain, common-sense habits to make reading faster. There are entire books on speed reading, but here are a few tips that have stuck with me since I first learned to speed read a few years ago:
    • Use a pointer. Run your index finger beneath the text on the page. This keeps your eyes focused on a specific point on the page. After a week or two of adapting to using your finger, this can boost your reading rate considerably.
    • Practice read. Practice reading means “reading” slightly faster than you can actually comprehend. While you won’t get any new information from practice reading, this trains you to read without needing to subvocalize (repeat the words in your head).
  2. Start a Morning Ritual. Recently I decided to set aside time for reading each morning. Following when I wake up at 5:30, I read for an hour and a half. This lets me squeeze in reading time on a schedule that would otherwise be too busy during the day. Even if you can only devote 15-30 minutes of reading each morning you can read 20-30 books each year.
  3. One Book at a Time. Trying to multi-task between books is wasting your time. My rule is that I should continue reading one book until I finish it, or decide to quit it entirely. Putting one book on hold to start another just crowds your to-do list.
  4. Carry a Book With You. If you plan on going anywhere, keep a book with you and you can read if you are forced to wait. Throughout your day there are probably many moments where you have to wait for a few minutes in lines, during breaks or when traveling. Having a book with you means those moments aren’t wasted.
  5. Audio Books. Most popular books have audio versions. While the audio versions are more expensive (use the library), you can have something to play in your car when you are driving or in your iPod when walking around.

Aku tidak pasti yang no. 3 dan no. 5. Aku biasanya membaca lebih dari sebuah buku pada satu masa. Dan aku tidak pernah mencuba Buku Audio. Tak berminat pun!

Jiwa Rasa juga berazam untuk menulis petua-petua tentang buku beliau. Dan Bibliobibuli cabar baca sebuah buku seminggu. 52 buku setahun, ada berani?

2007, buku dan aku

January 4, 2008 by mudin001 6 Comments

books.jpg

Seingat aku, seumur hidup aku tidak pernah ada azam tahun baru. Dan aku tak mahu memulakannya tahun ini. Namun, pada awal 2007 lalu, aku ada meletakkan sasaran untuk membaca sekurang-kurangnya dua buah buku sebulan. Dan Alhamdulillah, tiga buku terakhir yang aku baca pada bulan lalu melengkapkan jumlah 35 buah buku yang berjaya aku habiskan sepanjang tahun lalu. Bermakna aku membaca secara purata 2.9 buah buku sebulan. 45% melebihi sasaran. Tahniah untuk diri aku, hehheh! (Kalau KPI kerja, dah dapat bonus 3 bulan ni… :D)

Baiklah, mendapat inspirasi daripada blog Jiwa Rasa, maka aku senaraikan buku-buku yang selesai aku baca tahun lalu bersama pautan ke ulasan yang telah kubuat (jika ada).

Bahasa Melayu

1. Harun Aminurrashid Pembangkit Semangat Kebangsaan, Abdullah Hussein
2. Ranjau Sepanjang Jalan, Shahnon Ahmad
3. Hujan Pagi, A Samad Said
4. Hadharah Islamiah bukan Islam Hadhari, TG Abdul Hadi Awang
5. Kembara Seorang Reformis, Rashid Redha
6. PAS Dalam Arus Perjuangan Kemerdekaan, Panel Pengkaji Sejarah Pusat Penyelidikan PAS
7. Dari Salina ke Langit Petang, A Samad Said
8.Ayat-ayat Cinta, Habiburrahman El-Shirazy
9. Atas Nama Cinta, Isa Kamari
10. Cinta Fansuri, A Samad Said
11. Warisan Pemikiran Islam menurut Syarak dan Rasional, Muhammad al-Ghazali
12. Bila Tuhan Berbicara, Faisal Tehrani
13. Permata dari Pulau Mutiara, Mujahid Hj Yusof Rawa
14. Sejarah dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden, Riduan Mohammad Nor
15. Memeluk Gerhana, Isa Kamari
16. Di Bawah Lindungan Kaabah, Hamka
17. Pudarnya Pesona Cleopatra, Habiburrahman El-Shirazy
18. Gadis Jakarta, Najib Kaelani

Bahasa Inggeris

1. Freakonomics, Steven D. Levitt and Stephen J. Dubner
2. Toxic Bachelors, Danielle Steele
3. 1421: The Year China Discovered the World, Gavin Menzies
4. The Innocent Man, John Grisham
5. Jackdaws, Ken Follet
6. To kill a Mockingbird, Harper Lee
7. The Historian, Elizabeth Kostova
8. No God But God, Reza Aslan
9. The Great Theft: Wrestling Islam from the Extremists, Khaled M. Abou El Fadl
10. The Villa, Nora Roberts
11. The Alchemist, Paulo Coelho
12. The Blue Nowhere, Jeffery Deaver
13. The Glass Palace, Amitav Ghosh
14. Entering Normal, Anne Leclaire
15. The Reluctant Politician: Tun Dr Ismail and His Time, Ooi Kee Beng
16. The Known World, Edward P. Jones
17. From Beirut to Jerusalem, Thomas Friedman

2008 bagaimana? Tiada sasaran khusus melainkan mengharapkan yang lebih baik, bukan sahaja dari segi pembacaan, malah setiap cabang penghidupan. Insya Allah.

Kalian bagaimana?

Bersih di jualan gudang Times

December 25, 2007 by mudin001 22 Comments

Sejak 10 November lalu, baru sekali aku ‘miss‘ memakai baju Bersih pada hari Sabtu. Itu pun sebab baju yang dibasuh tidak sempat kering. Kebetulan, setiap Sabtu kami ke hospital untuk prenatal check-up Ummu Adam. Agaknya, staf hospital itu dah cop aku mamat Bersih. Haha! Tapi bukan itu yang ingin aku ceritakan.

Sabtu lalu, kami Bersih di jualan gudang akhir tahun Times Bookstores.


Now on! Sehingga 1 Januari 2008. Masih ada masa kalau mahu ke sana.

Hanyut dalam dunia buku-buku.


Raga dah hampir penuh, yang ini nak ambil jugakah?

Adam pula buat apa? Selain berlari ke sana-sini, di celahan buku-buku dengan berkaki ayam (kasutnya tertinggal di rumah), dia juga asyik dengan bukunya.


Harganya memang sangat murah. Bersih dompet aku dibuatnya. Apa yang dibeli?

Dr. Guttmacher’s Pregnancy, Birth & Family Planning (RM15)
The Pilgrimage, Paulo Coelho (RM26)
Snow, Orhan Pamuk (RM10)
March, Geraldine Brooks (RM12)
The Great Fire, Shirley Hazzard (RM12)
The Electric Michelangelo, Sarah Hall (RM12)
The Reluctant Fundamentalist, Mohsin Hamid (RM12)
A Spectacle of Corruption, David Liss (RM12)
2 buku Teletubbies untuk Adam (RM 7)

Murah kan? Hmm… buku-buku di atas, ditambah dengan buku-buku dibawah yang belum pun disentuh, bermakna habis bersihlah bajet buku aku untuk tahun 2008 dan 2009. Entah bila hendak dibaca semuanya.

Jadi, kalau kalian tahu ada jualan buku murah-murah, tolong JANGAN beritahu aku. Boleh? Heh!